Anda di sini

Nestlé lancar Kopi Starbucks Premium Instant

Advertisement
 Minuman kopi baharu ini diilhamkan secara langsung oleh minuman utama Starbucks, yang ditawarkan dengan pilihan Cappuccino, Caffè Latte, Caffè Mocha dan Caramel Latte.
PREMIUM: Minuman kopi baharu ini diilhamkan secara langsung oleh minuman utama Starbucks, yang ditawarkan dengan pilihan Cappuccino, Caffè Latte, Caffè Mocha dan Caramel Latte.

KUALA LUMPUR: Nestlé Malaysia melancarkan kopi segera Starbucks Premium Instant dengan rangkaian baharu terdiri daripada kopi Medium Roast dan Dark Roast serta pelbagai jenis kopi.

Rangkaian baharu ini yang boleh didapati dalam format tin dan hidangan itu, menawarkan kepakaran dan warisan Nestlé dalam segmen kopi segera dengan keunikan sentuhan rasa premium Starbucks.

Rangkaian ini merangkumi 11 jenis produk, termasuk pakej biji kopi, kopi panggang dan kisar serta kapsul kopi pertama Starbucks yang dibangunkan melalui sistem teknologi dan kopi hak milik Nescafé Dolce Gusto.

Produk-produk ini merupakan inovasi pertama yang dikembangkan Nestlé dan Starbucks selepas kedua-dua syarikat ini secara rasmi menjalinkan pakatan global yang membolehkan Nestlé memperluas portfolio kopinya, selain Nescafé dan Nespresso, dengan menambah satu lagi jenama ikonik, Starbucks.

Medium Roast merupakan kopi Amerika Latin yang halus dengan susu coklat dan kacang yang berkrim, sementara Dark Roast adalah kopi sejati yang dipanggang sempurna dan manis berserta coklat gelap yang cukup lazat.

Minuman kopi baharu ini diilhamkan secara langsung oleh minuman utama Starbucks, yang ditawarkan dengan pilihan Cappuccino, Caffè Latte, Caffè Mocha dan Caramel Latte.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Minuman Nestlé Malaysia, Othman Chraibi, berkata, kerjasama yang kukuh di antara Starbucks dan Nestlé membolehkan mereka bergerak pantas dan mengembangkan jenama Starbucks menerusi segmen kopi segera atau mudah larut yang dikenali dan digemari di Malaysia.

“Kami berbesar hati kerana dapat terus memanfaatkan kepakaran kopi kami untuk mewujudkan pengalaman premium kopi baharu agar pengguna dapat menikmati kemudahan di kediaman mereka dengan selesa.

“Pada masa sama, kami amat teruja untuk memperkenalkan rangkaian kopi segera premium Starbucks yang berkualiti tinggi, kerana ini merupakan satu penyelesaian mudah bagi menghasilkan minuman Starbucks,” katanya.

Semua produk dihasilkan dengan kualiti tinggi yang sama, yang diperoleh secara beretika melalui Amalan Kopi Arabic C.A.F.E. yang dihidangkan di semua premis kopi Starbucks di seluruh dunia.

Rangkaian kopi ‘Starbucks at Home’ Premium Instant ini boleh didapati di Lazada dan Shopee serta peruncit dan pasar raya yang terpilih.