Anda di sini

Tarikh akhir pengemukaan BNCP dilanjut ke 30 Jun - LHDN

Advertisement
 

PUTRAJAYA: Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi Tahun Taksiran 2019 untuk individu yang tidak menjalankan perniagaan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2020.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan memaklumkan pengemukaan BNCP (Borang BE/e-BE/m-BE/Borang M/e-M) boleh dibuat menerusi aplikasi ezHASiL melalui pautan https://ez.hasil.gov.my/CI/ atau secara manual dengan memuat turun borang di portal rasmi LHDN.

Menurut LHDN, ia memberi pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira kekangan yang dihadapi pembayar cukai untuk mengemukakan BNCP berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat pandemik COVID-19.

"Bagi terus menyokong usaha membendung penularan wabak COVID-19, pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL bagi tujuan menghantar BNCP," katanya.

LHDN menyarankan pembayar cukai menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk memfailkan BNCP.

Sebagai rujukan, program pemfailan BNCP bagi tahun 2020 boleh dicapai menerusi pautan berikut:

i. Bahasa Melayu:

http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.3_1.pdf

ii. Bahasa Inggeris:

http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.3_2.pdf 

Untuk sebarang maklumat lanjut, pembayar cukai boleh melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my. - Bernama 

Advertisement