Anda di sini

Lelaki Palestin cuba rempuh tentera Israel ditembak mati

Advertisement
 Anggota tentera Israel memeriksa sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki                 Palestin selepas cubaan rempuhan yang gagal di bandar Ramallah di wilayah Tebingan Barat yang diduduki oleh Israel, kelmarin. — Gambar AFP
MISI GAGAL: Anggota tentera Israel memeriksa sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki Palestin selepas cubaan rempuhan yang gagal di bandar Ramallah di wilayah Tebingan Barat yang diduduki oleh Israel, kelmarin. — Gambar AFP

BAITULMUQADDIS: Seorang lelaki Palestin cuba untuk merempuh dengan sebuah kereta ke arah sekumpulan tentera Israel kelmarin di wilayah Tebingan Barat yang ditakluki sebelum ditembak mati oleh anggota tentera, kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

“Satu cubaan serangan rempuhan kereta telah berlaku... ketika seorang rakyat Palestin cuba merempuh dengan keretanya ke arah sekumpulan anggota tentera,” di utara Tebingan Barat di bandar Ramallah, tambahnya.

“Sebagai respons, anggota tentera melepaskan tembakan dan membunuh penyerang tersebut,” menurut pihak tentera, sambil menambah tidak ada kecederaan atau kematian di kalangan anggota tentera Israel.

Pada Isnin lepas, polis Israel menembak dan mencederakan seorang lelaki yang cuba untuk menikam seorang pegawai di timur Baitulmuqaddis, kata polis.

Satu rantaian bagi apa yang dikenali sebagai serangan sendirian oleh rakyat Palestin berlaku pada 2015 dan 2016, termasuk kejadian tikaman – sehingga ke tahap lebih ringan – rempuhan kereta, walaupun beberapa tahun ini keadaan adalah lebih tenang.

Pegawai Israel berkata serangan sebegitu adalah sukar untuk dihalang, dengan penyerang biasanya bekerja sendirian tanpa perancangan awal yang ketara. — AFP

Advertisement