Anda di sini

Unit pameran Yarra Park, Toorak Park boleh dilawati pada 1 dan 2 Jun

Advertisement
 Toorak Park, terletak di Jalan Seladah menawarkan pangsapuri dengan gaya mewah.
MEWAH: Toorak Park, terletak di Jalan Seladah menawarkan pangsapuri dengan gaya mewah.
 Yarra Park terletak di Lorong Dogan 6, dekat Jalan Batu Kawa.
UNTUK TEMPAHAN: Yarra Park terletak di Lorong Dogan 6, dekat Jalan Batu Kawa.
 Lee (tengah), bersama Hiu (kiri) merakam gambar bersama dengan dua model hartanah yang dibangunkan pihaknya, Yarra Park dan Toorak Park.
BAHARU: Lee (tengah), bersama Hiu (kiri) merakam gambar bersama dengan dua model hartanah yang dibangunkan pihaknya, Yarra Park dan Toorak Park.

KUCHING: Unit pameran Yarra Park dan Toorak Park yang dibangunkan oleh pemaju Tecktonic & Sons Holding Sdn Bhd boleh dilawati bermula 1 dan 2 Jun ini.

Pengarah Urusan Tecktonic & Sons, Lee Chin Teck berkata mereka yang berminat untuk membeli unit pangsapuri disaran membuat temu janji terlebih dahulu dengan pasukan pemaju.

“Mengikut saranan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak kami hanya berhasrat untuk membuat pameran berdasarkan temu janji sahaja.

“Sepanjang tempoh ini pihak kami juga perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), jadi amat tidak digalakkan untuk membawa kanak-kanak bersama,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Yarra Park, terletak di Lorong Dogan 6 dekat Jalan Batu Kawa menawarkan 50 daripada 195 unit pangsapuri yang tampak ringkas dan kontemporari untuk pemiliknya.

Pengurus Pemasaran Tecktonic & Sons, Francis Hiu berkata unit berkenaan bersaiz antara 940 kaki persegi hingga 1,240 kaki persegi dengan dua atau tiga bilik tidur dijual pada harga bermula RM404,000 ke atas selepas rebat.

Perabot seperti almari di dalam bilik tidur, kabinet dapur, serombong asap dan dapur serta pendingin hawa turut disediakan.

Kedua-dua kawasan kediaman yang dibangunkan mempunyai kemudahan kolam renang dan halaman dan sebuah gimnasium.

“Oleh kerana saya juga menguruskan pasar raya besar, LePaPa kita juga akan meletakkan sebuah Express Mart LePaPa sebagai sebuah kedai serbaneka di dalam Yarra Park yang akan siap menjelang suku pertama 2021.

Sementara itu, Toorak Park terletak di Jalan Seladah menawarkan pangsapuri mewah dan unik mengikut reka bentuk arkitek Itali, Enrico Costa.

Sehingga kini, 22 daripada 65 unit berkenaan masih ada untuk tempahan dengan harga bermula RM670,000 ke atas bagi seunit.

Nama Toorak datangnya dari kawasan pinggir bandar di Melbourne, Australia dan merupakan kawasan pemilikan aset paling mahal.

“Kerja reka bentuk dalaman, kami menggunakan kayu jenis belian dan marmar. Di Toorak Park, kita menyediakan kemudahan kolam renang berbumbung, sebuah sauna dan gimnasium,” kata Lee.

Semua unit disediakan separuh berperabot yang didatangkan dengan almari, mesin basuh, kabinet TV, penyaman udara dan storan air panas.

Spesifikasi bagi dapur juga didatangkan dengan kabinet dapur, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, serombong asap dan tungku dapur serta bilik air dan tandas dengan aksesori penuh.

Untuk temu janji sila hubungi Francis di talian 0198899552, Jane Chua (0109766049), Raymond (0128870500), Ho (019-8884116), Danny (012-8858882) atau Alex (019-8877997).

Advertisement