Anda di sini

Tiada kes COVID-19 terbaru di Sarawak hari ini

Advertisement
 

KUCHING: Tiada kes COVID-19 terbaru, manakala dua kes sembuh dan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS) di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kes positif kekal sebanyak 552 kes setakat ini. 

Manakala keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 501 orang atau 90.76 peratus. 

“Seramai 12 orang dibawah siasatan (PUI) baharu dilaporkan dengan 27 kes masih menunggu ujian makmal. 

“Manakala daripada 339 sampel yang telah diambil di Belawai, Tanjung Manis semalam, 91 daripadanya adalah negatif dan 248 masih menunggu ujian makmal,” katanya menerusi kenyataan. 

Dalam pada itu, seramai 33 pesakit sedang dirawat melibatkan 29 pesakit di HUS, tiga pesakit  di Hospital Sibu dan seorang pesakit di Hospital Bintulu. 

Lima daerah iaitu Samarahan, Tanjung Manis, Bintulu, Serian dan Kuching dikategorikan sebagai zon kuning manakala lain-lain daerah berstatus hijau. 

Bagi kes orang dibawah pengawasan (PUS) pula, seramai 447 PUS mendaftar masuk di hotel hari ini untuk menjalani kuarantin. 

Ini menjadikan keseluruhan jumlah PUS di 38 buah hotel di Kuching, Miri, Bintulu, Limbang dan Sibu  adalah seramai 854 orang dengan 12,225 PUS telah tamat menjalani kuarantin. 

  • oleh
  • Advertisement