Anda di sini

Sembilan ditangkap di pusat hiburan

Advertisement
 

BINTULU: Sembilan individu dicekup polis ketika sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di sini, pada 12.05 tengah malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili, dalam kenyataannya hari ini berkata, hasil risikan pasukan polis, kesemua individu terbabit yang terdiri dari enam lelaki dan tiga wanita berumur 19 hingga 68 tahun ditangkap.

"Semasa serbuan dilakukan, oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu itu, enam lelaki itu sedang leka minum minuman keras di sebuah meja, manakala tiga lagi perempuan bersembunyi di bahagian dapur pusat hiburan, " jelasnya. 

"Semasa pemantauan rutin pasukan pematuhan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pasukan polis terdengar bunyi bising daripada sebuah pusat hiburan," ujarnya. 

Pasukan polis kemudiannya mengetuk pintu beberapa kali sambil memperkenalkan diri sebagai polis sehingga pintu dibuka oleh seorang lelaki.

Menurutnya, kesemua individu itu kemudiannya dibawa ke IPD Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Peraturan 3 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Penjaga premis turut disiasat di bawah seksyen 5(2) Ordinan Hiburan 2001 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan status operasi pusat berkenaan.
 

  • oleh
  • Advertisement