Anda di sini

SDBWA hantar memorandum SOP pertimbang benarkan pusat gimnasium beroperasi

Advertisement
 Chia (kanan) menyampaikan memorandum SOP kepada Tiang di Sibu semalam.
SATU HARAPAN: Chia (kanan) menyampaikan memorandum SOP kepada Tiang di Sibu semalam.

SIBU: Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu (SDBWA) menyampaikan memorandum prosedur operasi standard (SOP) bagi pertimbangan kerajaan agar gimnasium dan pusat kecergasan dapat beroperasi.

Memorandum itu diserahkan oleh pengerusinya, Chia Soon Cheong kepada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Michael Tiang yang juga Penasihat SDBWA semalam.

Menurut Chia, ini merangkumi panduan rujukan agar gimnasium dan pusat kecergasan dibuka semula untuk mematuhi langkah-langkah kesihatan, kawalan dan keselamatan.

Beliau turut menghargai pemilik gimnasium seluruh Sarawak kerana bekerjasama dengan arahan kerajaan menangguhkan pembukaan gimnasium dan pusat kecergasan semasa COVID-19.

"SDBWA gembira melihat wabak COVID-19 di Sarawak kini beransur terkawal, Sibu kini berubah menjadi zon hijau justeru kami berharap bantuan Tiang dapat mengemukakan memorandum mengenai SOP kita sendiri kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) supaya kerajaan membenarkan beroperasi secepat mungkin," katanya di sini.

Chia berkata, setiap gimnasium dan pusat kecergasan dikehendaki mengawal kemasukan pelanggan setiap slot agar pekerja gimnasium dan pusat kecergasan mempunyai masa  membersih dan membasmi kuman peralatan kecergasan digunakan atau tidak digunakan sebelum dan sesudah penggunaan oleh pelanggan sambil mewajibkan memakai topeng dan sarung tangan.

"Pada masa sama gimnasium diminta memberi tuala kepada pelanggan semasa latihan dan tuala itu dikumpulkan setelah digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman.

"Kami meminta peralatan kecergasan disusun semula memastikan pengguna mengamalkan penjarakan sosial selamat dan suhu badan diperiksa termasuk menyediakan cecair pensanitasi," katanya.

Advertisement