Anda di sini

Langkah benar pelajar Tingkatan 5 dan 6 kembali ke sekolah adalah praktikal

Advertisement
SOO
SOO

BINTULU: Kebenaran membuka semula sekolah menengah adalah praktikal yang memberi peluang kepada sekolah mengawasi dan mengamal prosedur operasi standard (SOP) menghadapi COVID-19.

Pengerusi Kesatuan Guru Sarawak (STU) Cawangan Bintulu, Soo Siew Huong berkata membenarkan pelajar Tingkatan 5 dan 6 kembali ke sekolah terlebih dahulu membolehkan sekolah mengawasi dan mengamalkan SOP.

“Dari pengalaman mengendalikan SOP, pengurusan sekolah dapat mengatasi dengan baik sekiranya sekolah dapat dibuka sepenuhnya selepas itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa bersetuju kelas menengah dibuka terlebih dahulu kerana pelajar Tingkatan 5 dan 6 akan menduduki peperiksaan awam pada tahun hadapan.

“Kesihatan dan keselamatan pelajar adalah keutamaan penting Kementerian Pendidikan sebelum membenarkan pelajar kembali ke sekolah,” kata Soo.

Menurutnya, kebanyakan sekolah menerima SOP untuk membuka kembali sekolah seperti keperluan penjarakan sosial, penggunaan pensanitasi tangan, menempatkan lebih banyak singki mencuci tangan, merekodkan suhu badan guru, pelajar, pekerja kontrak, pelawat dan lain-lain.

“Mungkin sukar bagi murid-murid sekolah rendah dan tadika kembali ke sekolah dalam masa terdekat.

“Lebih sukar melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana pemahaman mereka terbatas mengenai masalah ini,” katanya.

Advertisement