Anda di sini

Hari Gawai: Amalkan norma baharu, manfaatkan media sosial berhubung

Advertisement
HENRY
HENRY

SIBU: Masyarakat Dayak di Sarawak harus mengamalkan norma baharu ketika merayakan sambutan Hari Gawai Dayak pada 1 Jun ini.

Timbalan Ketua Pergera-kan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Machan, Henry Jugah berkata sambutan tahun ini berbeza ekoran pandemik COVID-19 negara dan dunia.

“Pada tahun ini, Gawai Dayak jauh berbeza daripada sebelum ininya hanya disambut bersama ahli-ahli keluarga terdekat sahaja,” katanya.

Henry merupakan Pegawai Bomba Kanan I (Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat BBP Betong) mengingatkan orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan semasa menyambut Gawai Dayak.

“Orang ramai harus mematuhi keputusan kerajaan Sarawak tidak membenarkan aktiviti merentas daerah. Bagi mereka berada di perantauan sudah pasti tidak dibenarkan balik Gawai tahun ini.

“Bagaimanapun, kita manfaatkanlah kecanggihan media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan lain-lain untuk berhubung,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial semasa perayaan Gawai Dayak nanti.

“Di rumah panjang juga perlu diadakan pemeriksaan suhu badan dan merekodkan nama mereka datang. Jangan berkumpul terlalu ramai melebihi had ditetapkan kerajaan.

“Jangan leka saat kita bergembira dan sentiasa pa-tuhi garis panduan ditetapkan,” jelasnya.

Henry mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada semua masyarakat di Sarawak.

Advertisement