Anda di sini

Program BCD bantu PKS menampan impak COVID-19

Advertisement
 

KUCHING: Digi dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) meng-umumkan program Digitali-sasi Berterusan Perniagaan (BCD) yang disasar untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menampan impak COVID-19 dengan mengambil ke-sempatan daripada peluang digital.

Ketua Pegawai Digital Digi Praveen Rajan berkata, program BCD akan menumpukan kepada mempersiapkan PKS dengan pengetahuan tepat bagi merealisasikan manfaat pendigitalan selain mengguna pakai alat-alat digital dan rumusan bagi melancarkan urusan perniagaan mereka.

Di samping itu katanya, dengan Digi diiktiraf oleh MDEC sebagai Penyedia Rumusan Teknologi atau Technology Solutions Provider (TSP) di bawah Geran Digitalisasi Perniagaan PKS, syarikat ini juga berminat membantu PKS menikmati pelbagai insentif mengguna pakai rumusan-rumusan digital.

“Perintah Kawalan Per-gerakan (PKP) telah men-dorong banyak PKS mengguna pakai kaedah digital untuk kekal beroperasi, daripada menjadi e-perdagangan kepada menguruskan tenaga kerja mereka secara dalam talian, mewujudkan norma baharu dalam cara bagaimana perniagaan dikendalikan.

“Apa yang kami harap untuk capai dengan program BCD ialah membantu PKS menyesuaikan diri dalam perubahan landskap ini.

“Semasa tempoh ini, Digi kekal fokus dalam melindu-ngi pelanggan dan kakitangan kami, selain mengekalkan usaha-usaha berterusan digitalisasi untuk kesinambungan perniagaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, berdasarkan amalan terbaik, Digi akan melakukan konsolidasi sebuah ‘playbook’ dengan rumusan-rumusan yang PKS boleh rujuk dan guna untuk usaha-usaha BCD.

Jelas Praveen, program BCD adalah satu kolaboratif dengan Inisiatif 100GD MDEC, yang menyasarkan untuk membolehkan PKS mengguna pakai rumusan-rumusan digital bagi menambah baik pengalaman pelanggan dan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan mereka.

Sementara itu, Ketua Pe-gawai Eksekutif MDEC Surina Shukri berkata, banyak PKS masih berdepan dengan gangguan kepada rantaian bekalan dan kesulitan mengendalikan perniagaan.

Tegasnya, ini belum lagi mengira cabaran mengurus-kan aliran tunai dan kapasiti tenaga kerja.

“Bagi memastikan perniagaan boleh mengatasi cabaran-cabaran ini, MDEC dan Digi menjalin kolaboratif bagi menyediakan alat digital yang diperlukan dan menyokong apa yang di-perlukan PKS bagi menerus-       kan perniagaan mereka dalam situasi semasa.

“Ini pastinya membantu PKS mempercepatkan pemulihan dan membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam era pasca-PKP. Bersama kami menyasarkan lebih 5,000 PKS untuk mendapat manfaat daripada program ini termasuk bengkel-bengkel digital,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bahawa PKS wajar menyertai Program BCD Digi ini, yang memaparkan siri-siri webinar percuma dan klinik secara dalam talian yang menumpukan kepada bidang-bidang kritikal untuk transformasi digital perniagaan.

Menurutnya lagi, setiap webinar akan menyediakan langkah-langkah dan sumber praktikal mengenai digitali-sasi untuk keberkesanan operasi, mengekalkan jualan, mendapatkan sokongan pelanggan dan banyak lagi, terutama ketika kita berdepan dengan perubahan sekali dalam satu generasi disebabkan pandemik COVID-19 dan perubahan tingkah laku konsumer.

“Pendaftaran kini dibuka bagi webinar pertama, yang akan diadakan pada 10 Jun 2020. Untuk butiran lanjut dan mendaftar, sila lawat www.digi-x.my/bcd,” ujarnya.

Dalam pada itu, Praveen berkata, sebagai sebahagian daripada program ini, Digi juga akan membantu PKS menilai kesiapsiagaan BCD perniagaan mereka dan dengan hasil keputusannya nanti, PKS kemudian boleh mendapatkan bimbingan mengenai alat digital dan penyedia rumusan terbaik untuk mereka jadikan rakan, selain bagaimana alat-alat dan rumusan dapat membantu perniagaan mereka tumbuh dan ada kesinambungan hidup.

Jelasnya, sebagai tambahan, Digi juga akan membimbing PKS dalam butiran-butiran Geran Digitalisasi Perniagaan PKS.

Kata beliau, ia direka untuk menggalakkan PKS mengguna pakai digital dalam operasi harian mereka, geran ini diumumkan semasa Belanjawan 2020, dengan kerajaan menyediakan 50 peratus geran padanan sehingga RM5,000 setiap syarikat bagi langganan terhadap mana-mana tiga daripada lima bidang digitalisasi, titik elektronik sistem jualan (e-POS), Perancangan Sumber Perusahaan (ERP), Sistem Bayaran Gaji HR elektronik/CRM, e-perolehan dan platform pemasaran dan jualan digital.

“PKS yang melanggan rumusan digital berikut daripada Digi adalah layak untuk memohon geran.

“Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai rumusan-rumusan ini, sila lawat www.digi-x-my/bcd,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitahu, sebagai sokongan kepada MDEC dalam kempen #DigitalvsCovid, Digi memperkenalkan Business Continuity Booster Programme pada Mac semasa PKP mula dikuatkuasakan, meliputi sambungan penting dan perkhidmatan pasang siap bagi membantu PKS kekal disambung dengan Internet dan produktif. Maklumat mengenainya di sini: www.digi-x.my.booster. 

Selain itu, MDEC melancarkan kempen #Digital-vsCovid bagi membawa syarikat-syarikat teknologi tempatan untuk memperluaskan rumusan dan perkhidmatan digital mereka kepada perniagaan tempatan yang terjejas terutama PKS dan perusahan mikro.

Justeru, PKS juga digalakkan memohon kedua-dua Geran Digitalisasi Perniagaan PKS selain rumusan dan perkhidmatan teknologi di bawah insentif bantuan #DigitalvsCovid MDEC yang bukan sahaja sebagai kaedah untuk memperkasa PKS semasa tempoh mencabar ini tetapi juga sebagai peluang mengguna pakai digital. 

Advertisement