Anda di sini

Orang awam selamatkan wanita warga India cuba bunuh diri di Miri

Advertisement
 

MIRI: Seorang wanita warga India yang dipercayai cuba membunuh diri di pantai Taman Selera di sini pada petang Rabu berjaya diselamatkan orang awam. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah (gambar) berkata pihaknya menerima laporan kejadian terbabit daripada orang awam pada jam 3.55 petang. 

"Orang awam yang menghubungi polis melaporkan seorang wanita telah diselamatkan oleh orang awam daripada cubaan bunuh diri, lalu pihak polis meminta bantuan ambulans untuk ke lokasi kejadian. 

"Mangsa berusia 34 tahun yang telah diselamatkan oleh orang awam daripada lemas di laut dalam keadaan basah kuyup dan pengsan.

"Menurut maklumat orang awam menyatakan mangsa dipercayai cuba bunuh diri dengan berjalan menuju ke kawasan air dalam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lim berkata pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian telah memberikan rawatan awal dan mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Miri. 

Menurutnya lagi, mangsa kini berada dalam Unit Rawatan Rapi dan berada dalam keadaan stabil. 

Lim memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas cubaan bunuh diri. 

Dalam pada itu, sekiranya anda berasa stres, risau atau murung akibat pandemik COVID-19, boleh hubungi talian sokongan psikososial COVID-19 Hospital Sentosa Kucing, setiap hari bekerja, dari jam 8 pagi hingga 5 petang di talian 082-612321 atau 011-64665532.

Selain itu anda juga boleh menghubungi Befrienders di talian 03-76272929 atau email ke [email protected] atau hubungi Befrienders Kuching di talian 082-242800 setiap hari pada jam 6.30 petang hingga 9 malam atau hantarkan e-mel ke [email protected]
 

  • oleh
  • Advertisement