Anda di sini

KPDNHEP Mukah keluar kompaun, sita barangan di Daro

Advertisement
Antara barangan yang disita KPDNHEP Mukah.

MUKAH: Walaupun masih dalam suasana Hari Raya, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah mengeluarkan dua kompaun dan juga satu penyitaan ke atas satu premis di sebuah ladang di Daro.

Menurut Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah Salihin Den, setelah pemeriksaan dilakukan, premis terbabit didapati  melanggar tiga kesalahan.

"Kes pertama adalah tidak meletakkan tanda harga, seterusnya menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan dan tidak memiliki lesen berniaga barang kawalan (LPG)," katanya kepada Utusan Borneo.

Kesalahan pertama adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 iaitu kesalahan tidak meletakkan tanda harga yang membawa kepada kompaun serta merta sebanyak RM2,000.

Kesalahan kedua pula adalah di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan membawa nilai kompaun RM500.

Sementara kesalahan ketiga di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan barangan disita oleh pihak KPDNHEP Mukah.

"Kita sentiasa serius di dalam memastikan hak-hak pengguna sentiasa dilindungi tanpa mengira kawasan bandar mahupun luar bandar," jelasnya lagi.

Pihaknya juga sentiasa mengalu-alukan orang ramai supaya membuat aduan melalui pelbagai medium yang disediakan bagi memudahkan urusan.

  • oleh
  • Advertisement