Anda di sini

Ketua Polis Daerah Sibu cedera, kereta dipandu langgar pokok

Advertisement
 

SIBU: Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit (gambar) yang cedera apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Lanang malam tadi, kini berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan.

Dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, beliau mengalami keretakan tulang rusuk kiri dan cedera ringan di kaki kanan dan bahagian kepala akibat kemalangan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Collin Babat ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, Stanley sedang membuat rondaan PKPB apabila kereta dipandunya secara bersendirian, hilang kawalan.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu beliau hilang kawalan menyebabkan ia terbabas dan melanggar pokok di sebelah kiri jalan," katanya.

Keadaan kereta waja yang dipandu Stanley remuk di bahagian hadapan selepas terbabas melanggar pokok di Jalan Lanang malam tadi.
Keadaan kereta yang dipandu Stanley remuk di bahagian hadapan selepas terbabas melanggar pokok di Jalan Lanang malam tadi.

Difahamkan, orang awam yang berada di tempat kejadian telah membantu mengeluarkan beliau.

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu yang bergegas ke lokasi kejadian susulan menerima panggilan kecemasan, memberi rawatan awal kepada beliau sebelum dihantar ke hospital dalam keadaan sedar untuk menerima rawatan lanjut.

"Keadaan beliau dilaporkan stabil dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sibu," tambah beliau sambil menyeru orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian tersebut. 

  • oleh
  • Advertisement