Anda di sini

Keluarga pesakit positif COVID-19 di Tanjung Manis buat laporan polis atas tuduhan palsu di Facebook

Advertisement
 

MIRI: Gara-gara tertekan atas tuduhan dan laporan palsu yang dilemparkan di laman sosial Facebook, ahli keluarga pesakit positif COVID-19 di Tanjung Manis membuat laporan polis di sini pada Selasa. 

Ahli keluarga tersebut telah menangkap layar kesemua tuduhan palsu yang dilemparkan di laman Facebook pada 25 Mei lalu di kediamannya di Kampung Tudan di sini yang mendakwa adiknya memotong gelang tangan kuarantin COVID-19 sebelum tarikh kuarantin tamat. 

Pengadu mendakwa semasa menjalani tempoh kuarantin di sebuah rumah di Tanjung Manis, adiknya tidak pernah keluar kemana-mana kedai seperti yang didakwa netizen di media sosial Facebook. 

"Adik saya juga dituduh berziarah berhari raya ke Kampung Rajang dan ke Sarikei, namun adik saya tidak pergi keluar beraya dan hanya duduk di rumah sahaja. 

"Saya dan keluarga terutama ibu bapa merasa tertekan dan malu dengan tuduhan serta penyebaran berita palsu di laman Facebook berkenaan," kata pengadu dalam laporan polisnya. 

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar mengesahkan menerima laporan polis berkenaan. 

Menurutnya, pihak polis menjalankan siasatan lanjut ke atas laporan yang dibuat terbabit. 

Difahamkan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia

  • oleh
  • Advertisement