Anda di sini

JKM Miri raikan gelandangan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri

Advertisement
 Petugas pusat dan pegawai JKM meraikan penghuni PPSG pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di pusat tersebut di Miri, Ahad lalu.
RAI: Petugas pusat dan pegawai JKM meraikan penghuni PPSG pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di pusat tersebut di Miri, Ahad lalu.

MIRI: Tidak melupakan golongan kurang bernasib baik, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Penempatan Sementara Gelandangan (PPSG) Miri bersama petugas-petugas pusat tersebut pada Ahad lalu.

Majlis tersebut berlangsung di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Miri di sini dihadiri pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri.

Seramai 30 gelandangan menghuni PPSG terlibat pada majlis itu dengan pelbagai acara menarik diatur JKM Miri antaranya ‘treasure hunt’ mencari paket duit raya, bacaan doa makan petugas dan sesi karaoke bersama penghuni selain menikmati juadah raya disediakan dan disumbangkan oleh Surah Cafe.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Lau Ngee Wei, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Sarywati Fatyrin serta Pembantu Kebajikan Masyarakat Marin Kajop.

Advertisement