Anda di sini

Lebih 1,000 lokasi dipantau untuk pematuhan PKPB di Sarawak

Advertisement
Pasukan pemantau melakukan pemeriksaan di pasar awam di Bintulu. - Gambar Facebook PDRM Bintulu
Pasukan pemantau melakukan pemeriksaan di pasar awam di Bintulu. - Gambar Facebook PDRM Bintulu

KUCHING: Sebanyak 1,808 lokasi dipantau pasukan pemantau di seluruh Sarawak bagi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) setakat hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah terbabit, 218 adalah pasar raya, restoran (290) serta kilang (18).

"Selain itu pasukan pemantauan turut memantau sebanyak 128 buah bank, Pejabat Kerajaan (62), penjaja (171), pasar tani atau awam (98), tempat ibadah (127), tempat riadah (64), tapak pembinaan (18) dan lain-lain (614).

"Sehingga hari ini sebanyak 30,922 pemberitahuan sektor ekonomi yang telah dibuka diterima," menurut jawatankuasa hari ini.

JPBNS menjelaskan daripada jumlah permohonan tersebut, 22,372 adalah melalui dalam talian dan 8,550 melalui e-mel.

PKPB dilaksanakan di Sarawak bermula 12 Mei hingga 9 Jun 2020.

Pada 12 Mei lepas, Polis Sarawak menubuhkan pasukan petugas bagi melakukan pemeriksaan dan pemantauan pematuhan prosedur pengendalian standard (SOP) sektor ekonomi semasa di bawah PKPB.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata pada 10 Mei lepas, JPBNS  telah mengarahkan polis negeri untuk bertindak sebagai penyelaras bagi pasukan tersebut yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan.

Selain polis pasukan pemantau juga terdiri melibatkan agensi lain, termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anggota RELA dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • oleh
  • Advertisement