Anda di sini

Ibu, empat anak rentung pagi Aidilfitri 

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan kerja pemeriksaan di sekitar lokasi selepas kejadian.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan kerja pemeriksaan di sekitar lokasi selepas kejadian.

BEAUFORT: Kemeriahan Aidilfitri bertukar hiba apabila ibu dan empat anak rentung dalam kebakaran di Kampung Binsuluk Membakut, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata kejadian jam2.30 pagi disedari apabila seorang pesara kerajaan yang juga ketua keluarga berumur 64 tahun dikejutkan oleh anaknya kerana rumah mereka sedang terbakar.

“Semasa kejadian keseluruhan rumah sudah terbakar dipercayai api berpunca dari arah dapur dan pengadu keluar ke bahagian hadapan rumah sebelum melihat anak serta isterinya berusaha menyelamatkan diri keluar dari rumah.

 Mayat mangsa dihantar ke HQE untuk dibedah siasat.
RENTUNG: Mayat mangsa dihantar ke HQE untuk dibedah siasat.

“Malangnya isteri mangsa dan empat anaknya tidak sempat keluar dan terperangkap dalam kebakaran sebelum ditemukan rentung oleh pasukan bomba yang menjalankan pemadaman api di lokasi kira-kira jam 7 pagi,” katanya.

Menurutnya butiran mangsa yang rentung termasuklah Aisyah Jumat, 58; Rosdi Othman, 23; Rozaini Othman, 25; Dzunisham Othman, 26; dan Dzulkarnain Othman, 27.

“Kesemua mangsa terperangkap di dalam rumah dua tingkat jenis kayu manakala dua lagi mangsa selamat termasuk seorang melecur menerima rawatan di zon kuning Hospital Kuala Penyu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Awangku Mohd Rafie berkata operasi dijalankan enam anggota dari BBP Kuala Penyu bersama tiga jentera.

“Pasukan bomba mengalami kesukaran ke lokasi berikutan keadaan jalan yang sempit, licin dan tidak berturap.

“Kita menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan Kebakaran dapat dikawal jam 4.15 pagi dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 10.30 pagi,” katanya sambil menambah kesemua mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut.

 Api marak yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Pinolobuh Kota Belud.
MUSNAH: Api marak yang memusnahkan dua buah rumah di Kampung Pinolobuh Kota Belud.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, dua rumah jenis tidak kekal masing-masing 40X40 dan 16X20 kaki persegi musnah terbakar di Kampung Pinolobuh Kota Belud Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata operasi dijalankan bersama lapan anggotanya dan kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lebih besar.

“Tiada kematian serta kecederaan dalam kejadian ini dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement