Anda di sini

Sarawak rekod empat kes baru positif COVID-19

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan empat kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif 549 kes setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini berkata kes baharu berkenaan masing-masing satu di Kuching, Serian, Bintulu dan Tanjung Manis.

Manakala tiga kes telah sembuh dan discaj dari hospital, daripada jumlah tersebut dua dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu dari Hospital Sibu.

"Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah 473 atau 86.18 peratus daripada jumlah kumulatif (kes positif) 549. 

"Pada hari ini 59 orang sedang dirawat di hospital dan setakat ini Sarawak merekod 17 kes kematian akibat COVID-19," jelas JPBNS.

Sementara itu JPBNS berkata 132 orang disyaki (PUI) COVID-19 baharu dilaporkan dengan 117 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.

"Hari ini, Daerah Serian, Bintulu dan Tanjung Manis bertukar status kepada Kuning setelah kes baharu dilaporkan.  Jumlah daerah berstatus Kuning di Sarawak ketika ini, lima (Tanjung Manis, Bintulu, Serian, Kuching dan Sibu) manakala kawasan Hijau 35," kata JPBNS.

Mengenai pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), JPBNS berkata pada hari ini 1,492 jumlah permohonan pergerakan antara daerah diterima oleh 28 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Sarawak menjadikan jumlah kumulatif 64,004.

JPBNS  berkata daripada 64,004 jumlah kumulatif permohonan pergerakan antara daerah diterim, 58,618 diluluskan, 5,386 ditolak.

"Pasukan pemantau telah memantau 1,853 lokasi iaitu pasar raya(352), restoran (384), kilang (23), bank (206), pejabat kerajaan (79), penjaja (38), pasar tani/awam (118), tempat ibadat (133), tempat riadah (56), tapak pembinaan (16) dan lain-lain (448)," tambah JPBNS.

  • oleh
  • Advertisement