Anda di sini

Polis tahan sembilan penjawat awam sedang berjudi, langgar PKPB di Limbang

Advertisement
 Antara peralatan yang digunakan berjudi, wang tunai serta barangan lain yang turut dirampas dalam serbuan tersebut. - Gambar ihsan polis
Antara peralatan yang digunakan berjudi, wang tunai serta barangan lain yang turut dirampas dalam serbuan tersebut. - Gambar ihsan polis

MIRI: Polis berjaya menahan sembilan lelaki yang merupakan penjawat awam kerana bermain judi dan melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di depo sebuah jabatan kerajaan di Limbang, Sabtu lepas.

Kesemua suspek yang berusia antara 27 hingga 62 tahun ditahan dalam serbuan Op Dadu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang sekitar 4.25 petang. 

Polis turut merampas satu tin pengoncang tembaga, 24 buah dadu tertera gambar harimau, labu air, ayam, udang, ikan dan ketam serta sehelai kain putih tertera gambar harimau, labu air, ayam, udang, ikan dan ketam yang dilekatkan pada helaian surat khabar tempatan. 

Turut dirampas ialah dua set daun terup, wang tunai pelbagai nilai berjumlah RM1,171, sebuah beg sandang warna biru gelap, sebuah beg sandang warna hitam dan sebuah unit beg kecil berwarna hitam.

Kesemua mereka ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.6) 2020.  
 

  • oleh
  • Advertisement