Anda di sini

Lelaki langgar arahan kuarantin di rumah serah diri

Advertisement
Datuk Dev Kumar 
Datuk Dev Kumar 

KUCHING: Seorang lelaki menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya, hari ini selepas menyedari dirinya dicari kerana melanggar arahan kuarantin di rumah dikenakan ke atasnya.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar  berkata lelaki berkenaan berusia 27 tahun merupakan penyelia tapak di Kuala Lumpur  dan berasal dari Sibu tiba Sibu pada 17 Mei lalu.

Lelaki berkenaan katanya telah dikuarantin di sebuah hotel di Sibu, kemudian di arah dikuarantin di rumah sehingga 30 Mei ini.

"Pagi tadi (hari ini) ada seorang lelaki yang telah diarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin di rumah hingga 30 Mei telah memviral dirinya dalam FB (Facebook) makan mi di sebuah kedai kopi di Sibu Jaya.

" Ekoran daripada reaksi orang ramai, anggota (polis) dari BP Sibu Jaya telah ke kedai kopi tersebut dan menyedari polis mencarinya. Lelaki tersebut menyerah diri di BP Sibu Jaya," katanya ketika dihubungi.

Menurut Dev,kes tersebut telah dirujuk kepada KKM untuk tindakan undang-undang.


 

  • oleh
  • Advertisement