Anda di sini

Lelaki New York tikam mati bapanya semasa sidang Zoom

Advertisement

NEW YORK: Sebuah subbandar New York di Amerika Syarikat (AS) telah dikejutkan kelmarin dengan pembunuhan kejam yang menyaksikan seorang lelaki berusia 32 tahun menikam bapanya yang sedang mengikuti satu sidang Zoom melibatkan kira-kira 20 peserta.

Dwight Powers, 72, sedang menyertai e-mesyuarat me-lalui platform bualan video Zoom pada tepat tengah hari Khamis lepas apabila anak lelakinya, Thomas Scully-Powers, muncul dan mula memukulnya, kata polis di Suffolk County di Long Island.

Beberapa peserta dalam sesi bualan maya telah meng-hubungi pihak berkuasa kecemasan ketika kejadian menakutkan itu berlaku, kata polis.

Selepas penahanannya, Scully-Powers memberitahu polis bahawa dia menikam bapanya seba-nyak 15 kali di bahagian belakang, leher dan pinggang, menukar beberapa bilah pisau kerana mata pisaunya bengkok, menurut pendakwa raya.

Pemeriksa perubatan wi-layah menyatakan Powers mempunyai beberapa kesan luka tikaman di bahagian dada dan belakang – dengan satu kesan kelar pada leher-nya hampir memenggal kepalanya.

Pembunuhan berlaku di pekan Amityville – dikenali terutama dalam siri buku seram yang mempunyai namanya dan filem yang ber-kaitan, yang muncul pada tahun 1979.

“Ini adalah satu kes yang sangat mengejutkan dan mengganggu,” kata Peguam Daerah Suffolk Timothy Sini dalam satu kenyataan.

“Menerusi pengakuan defendan sendiri, dia menikam bapanya dengan kejam ber-ulang-ulang kali sehingga dia pasti bahawa bapanya telah meninggal dunia.”

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, Scully-Powers telah melompat keluar dari tingkap di tingkat dua, kata polis, cuba untuk melarikan diri.

Dia berlari ke sebuah kedai berhampiran dan dikatakan mula menyimbah dirinya sendiri dengan minuman soda Dr. Pepper untuk membersihkan kesan darah.

Anggota polis dengan se-gera telah menahannya, kata mereka.

Mereka turut menemui bukti di pangsapuri, yang dikongsi oleh Scully-Powers dengan bapanya, bagi cubaan membersihkan tempat kejadian, termasuk sebatang mop dan baldi di dalam bilik mandi bersama dengan cadar tilam yang mempunyai kesan darah ditemui di dalam beg sampah.

Scully-Powers telah dimasukkan ke hospital sekejap bagi beberapa kecederaan ringan yang dialaminya akibat terjun dari tingkap di Amityville, terletak tepat 40 batu di timur Manhattan.

Dia telah dibenarkan ke-luar dari hospital kelmarin dan didakwa atas tuduhan pembunuhan peringkat kedua, kata polis.

Pendakwa raya tidak men-dedahkan maklumat me-ngenai motifnya.

Peguam lelaki tersebut, Jonathan Manley, mengemukakan satu rayuan tidak bersalah, menurut media tempatan.

Scully-Powers dijangka akan hadir semula di mah-kamah pada 26 Mei, dan sehingga itu dia akan ditahan tanpa ikat jamin.

Sekiranya disabitkan, dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup selama 25 tahun.

Dia sebelum ini pernah mempunyai masalah dengan undang-undang, melibatkan dakwaan kecuaian yang membahayakan, memiliki dadah dan perbuatan jenayah.

Pembunuhan itu adalah yang pertama dilakukan dalam Zoom,  yang muncul terkenal sejak langkah peng-asingan akibat COVID-19 memaksa orang ramai duduk di rumah .

Sejak banyak kerajaan tempatan dan negeri AS mengeluarkan arahan duduk di rumah, temu bual dan pertemuan dalam Zoom – bersama dengan platform persidangan yang sama dari Facebook, Google dan Apple – telah meningkat dalam penggunaan untuk perniagaan, persekolahan dan bersosial. — AFP

Advertisement