Anda di sini

Brazil atasi Rusia catat kes COVID-19 kedua paling tinggi di seluruh dunia

Advertisement

BRASILIA: Brazil telah mengatasi Rusia kelmarin sebagai negara dengan jumlah jangkitan COVID-19 kedua paling tinggi di seluruh dunia di belakang Amerika Syarikat (AS), ketika Amerika muncul sebagai pusat utama baharu bagi pandemik tersebut.

Negara Amerika Selatan itu sekarang menyenaraikan 330,890 jangkitan dan 21,048 kematian CO-VID-19, walaupun pakar berkata ujian yang tidak dimaklumkan bermakna jumlah sebenar mungkin 15 kali lebih tinggi atau lebih.

Angka kematian di Brazil meningkat sehingga 1,001 dalam tempoh 24 jam, kali ketiga dalam masa empat hari ia mencecah lebih 1,000.

Peningkatan itu muncul ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meng-umumkan Amerika Selatan sebagai “pusat utama baharu” untuk pandemik.

“Dengan jelasnya terdapat kebimbangan di sekitar kebanyakan negara tersebut, namun yang jelas paling terjejas adalah Brazil buat masa sekarang,” kata pengarah kecemasan WHO Mike Ryan.

AS telah menyenaraikan lebih 1.6 juta kes dan hampir 96,000 kematian, menurut catatan yang di-simpan oleh Johns Hopkins University.

Rusia telah menyenarai-kan 326,488 kes dan 3,200 kematian.

Angka kematian di Brazil sekarang adalah keenam paling tinggi di dunia, di belakang AS, Britain, Itali, Sepanyol dan Perancis.

Namun krisis tidak dijangka akan meningkat di Brazil sehingga Jun.

Negara itu yang mempunyai 210 juta penduduk mempunyai respons yang bercanggah terhadap pandemik.

Presiden haluan kanan Jair Bolsonaro, yang dikenali ke-rana membandingkan virus itu dengan “selesema biasa,” mengecam langkah duduk di rumah yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa negeri dan tempatan, menyatakan mereka sedang menjejaskan ekonomi. — AFP

Advertisement