Anda di sini

80 korban nahas pesawat di Pakistan ditemui

Advertisement
 Anggota keselamatan dan pekerja penyelamat menggeledah bangkai pesawat Airbus A320 yang terhempas di kawasan perumahan di bandar selatan Karachi, Pakistan kelmarin. — Gambar AFP
BERKECAI: Anggota keselamatan dan pekerja penyelamat menggeledah bangkai pesawat Airbus A320 yang terhempas di kawasan perumahan di bandar selatan Karachi, Pakistan kelmarin. — Gambar AFP

KARACHI: Sebanyak 80 mayat ditemui selepas sebuah pesawat Pakistan terhempas dengan hampir 100 orang di dalamnya di bandar selatan Karachi kelmarin, kata pegawai kesihatan wilayah dalam satu kenyataan, dengan lebih ramai lagi dikhuatiri meninggal dunia.

Pesawat Pakistan International Airlines (PIA) itu telah membuat beberapa permintaan untuk mendarat di lapangan terbang bandar tersebut ketika ia jatuh di antara beberapa rumah, memusnahkan bangunan dan membunuh beberapa orang di darat.

Kenyataan rasmi menge-sahkan dua mangsa terselamat dan menyatakan 17 daripada mayat tersebut telah “dikenal pasti setakat ini”.

Sebelum itu, ketua ekse-kutif syarikat penerbangan terbabit Arshad Mahmood Malik dalam satu sidang media  berkata hanya seorang mangsa terselamat telah disahkan dari bangkai pesawat – presiden Bank of Punjab, Zafar Masud.

Beliau menambah bahawa operasi pembersihan sepenuhnya akan berlanjutan selama dua hingga tiga hari.

Usaha-usaha di darat akan diteruskan “sehingga kami berjaya menemui semua mayat,” seorang pegawai wilayah, yang meminta namanya dirahsiakan, memberitahu AFP.

“Setakat ini 80 mayat telah ditemui dari serpihan tersebut.”

Kepulan asap kelihatan di ruang udara ketika pekerja penyelamat dan penduduk mencari orang di celah-celah bangkai pesawat dan ketika anggota bomba cuba me-madamkan api.

Seorang wartawan AFP menyaksikan mayat rentung dibawa masuk ke dalam ambulans.

Sarfraz Ahmed, anggota bomba di kawasan nahas, memberitahu AFP bahagian depan dan fiuslaj pesawat Airbus A320 itu mengalami kerosakan teruk akibat impak, sambil menambah bahawa anggota penyelamat telah mengeluarkan mayat dari pesawat yang mana mereka masih lagi memakai tali pinggang keselamatan.

Kemalangan itu berlaku ketika rakyat Pakistan bersedia untuk menyambut berakhirnya bulan Ramadan dan bermula sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan ramai yang pulang ke kampung halaman di bandar dan kampung-kampung.

PIA mengesahkan terdapat 91 penumpang dan tujuh anak kapal di dalam pesawat itu, yang terputus hubungan dengan kawalan trafik udara hanya selepas jam 2.30  petang waktu tempatan dalam penerbangan dari Lahore ke Karachi.

“Ia adalah Airbus A320 yang merupakan salah satu pesawat paling selamat. Secara teknikalnya, dari segi operasi semuanya kelihatan berfungsi,” kata Malik, sambil menambah pesawat itu dibeli oleh syarikat pe-nerbangan pada 2014.

Juruterbangnya, Sajjad Gull, yang menurut satu kenyataan rasmi merupakan juruterbang A320 paling kanan dengan pengalaman penerbangan yang luas, me-ngadu mengenai satu masalah selepas membuat percubaan kedua untuk mendekati lan-dasan, sebelum pengawal trafik udara terputus hubu-ngan dengan beliau.

PIA menjanjikan satu siasatan bebas sepenuhnya.

Airbus kemudian menyata-kan dalam satu kenyataan bahawa pesawat itu mula berkhidmat pada 2004 dan dimiliki oleh PIA sedekad kemudian serta melakukan kira-kira 47,100 jam pe-nerbangan.

Pesawat itu mengalami satu masalah teknikal, menurut menteri dalam negeri Ijaz Ahmad Shah yang berkata juruterbang telah membuat panggilan kecemasan selepas pesawat itu kehilangan sebuah enjinnya.

Penduduk berhampiran tempat kejadian berkata din-ding rumah mereka bergegar sebelum satu letupan  besar meletus ketika pesawat itu terjunam ke arah kawasan kediaman mereka.

“Saya baharu pulang dari masjid ketika saya melihat pesawat itu condong sebelah. Bunyi enjin kedengaran agak pelik. Ia berada begitu rendah sehingga dinding rumah saya bergegar,” kata seorang saksi berusia 14 tahun, Hassan.

Seorang penduduk Karachi, Mudassar Ali, berkata beliau “mendengar bunyi dentuman yang kuat dan terjaga ketika mendengar orang memanggil  jabatan bomba”.

Perdana Menteri Pakis-tan Imran Khan berkata beliau “terkejut dan berasa sedih” dengan nahas tersebut, menciap di Twitter bahawa beliau telah berhubung dengan ketua eksekutif syarikat penerbangan negeri.

“Doa dan ucapan takziah ditujukan buat keluarga mangsa yang terkorban,” ciap beliau di Twitter.

Tentera Pakistan berkata pasukan keselamatan telah dikerahkan ke kawasan kediaman dan beberapa heli-kopter digunakan untuk memeriksa kerosakan, ketika menyampaikan ucapan takziah atas “kehilangan nyawa yang berharga”.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo menciap di Twitter bahawa “doa beliau buat mereka yang terkorban dan tercedera, serta kaum keluarga mereka,” dan menambah bahawa Amerika Syarikat “bersama dengan Pakistan semasa masa yang sukar ini”.

Penerbangan komersil beroperasi semula hanya beberapa hari lepas, setelah perkhidmatannya dihentikan semasa perintah kawalan pergerakan berkaitan dengan pandemik COVID-19.

Pakistan memiliki rekod keselamatan penerbangan awam dan tentera yang tidak baik, dengan pesawat dan helikopter sering terhempas sejak beberapa tahun.

Pada 2016, sebuah pesawat Pakistan International Airlines terbakar selepas salah satu daripada dua enjin berkuasa turbonya meng-alami masalah ketika terbang di bahagian utara terpencil Islamabad, mengorbankan lebih 40 orang.

Bencana udara terburuk di Pakistan adalah pada 2010, apabila sebuah pesawat Airbus A321 yang dimiliki oleh syarikat penerbangan swasta Airblue dan berlepas dari Karachi terhempas di kawasan pergunungan luar Islamabad ketika ia hendak mendarat, mengorbankan kesemua 152 orang di dalamnya.

Satu laporan rasmi me-nyalahkan kemalangan itu ke atas seorang kapten yang keliru dan suasana kokpit yang tegang.

PIA, salah sebuah syarikat penerbangan terkenal di dunia sehingga 1970, sekarang mengalami kesan akibat reputasi yang merosot disebabkan oleh pembatalan yang kerap, penangguhan dan masalah kewangan. Ia telah terlibat dalam beberapa kontroversi sejak beberapa tahun, termasuk pemenjaraan seorang juruterbang mabuk di Britain pada 2013. — AFP

Advertisement