Anda di sini

Wanita PBB Machan anjurkan program agih bubur lambuk

Advertisement
 Wanita PBB Machan mengagihkan bubur lambuk kepada agensi dan petugas barisan hadapan di Kanowit.
AGIHAN: Wanita PBB Machan mengagihkan bubur lambuk kepada agensi dan petugas barisan hadapan di Kanowit.

KANOWIT: Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Machan menganjurkan program pengagihan bubur lambuk sempena Ramadan di sini.

Program tersebut diketuai Datin Sri Datuk Cathrine Gramong dan penganjuran disokong sepenuhnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Allan Siden Gramong.

Program itu merupakan tradisi harus dikekalkan bagi menghormati dan memuliakan Ramadan Al-Mubarak ini.

Meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat dan senyuman kepada rakan-rakan Muslim pada bulan ini.

Wanita PBB Machan juga meneruskan pengagihan bubur lambuk ke beberapa agensi dan petugas barisan hadapan di Kanowit.

Ia adalah termasuk Bomba dan Penyelamat Kanowit, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Kanowit, Pejabat Daerah Kanowit dan sebagainya.

Advertisement