Anda di sini

Utamakan langkah cegah kebakaran ketika musim perayaan: Bomba

Advertisement
HASHIM
HASHIM

BINTULU: Penduduk diingatkan agar mengambil perhatian terhadap langkah-langkah keselamatan bagi mencegah kebakaran semasa musim perayaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju, Penolong Penguasa Bomba Hashim Norshidi berkata antara langkah keselamatan perlu diambil ialah tidak meninggalkan atau membiarkan masakan dimasak di dapur tanpa pemantauan dan sentiasa mengawasi beban penggunaan peralatan elektrik.

Selain itu, sekiranya mengantuk atau pening selepas mengambil ubat seseorang itu dinasihati tidak melakukan kerja-kerja memasak serta diingatkan mengawasi anak-anak semasa bermain dan berada di rumah.

“Peringatan dan langkah ini penting kerana kebakaran boleh berlaku di mana-mana,” katanya di sini semalam.

Beliau berharap orang ramai dapat mencegah sindrom lupa dan leka antara penyebab kes-kes kebakaran apabila terleka ketika memasak sesuatu di dapur dan sebagainya.

Beliau mengucapkan Se-lamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Gawai sambil menyeru semua orang #kekal duduk di rumah, #kekal selamat, #kita jaga kita bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Advertisement