Anda di sini

Terus amal sikap sederhana demi keharmonian Sarawak - Larry 

Advertisement
 

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Larry Sng (gambar) mengajak seluruh rakyat khasnya di negeri ini untuk terus mengamalkan sikap sederhana dalam apa juga tindakan. 

Katanya, walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan kepercayaan, namun rakyat terus digalakkan mengamalkan kesederhanaan. 

“Kita sedar sikap melampau akan merapuhkan dan merosakkan keharmonian. Sarawak negeri yang berbudaya tinggi dan negeri contoh dalam Malaysia.

“Saya yakin, seluruh rakyat akan meneruskan budaya baik ini demi keharmonian negeri dan negara kita yang tercinta,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2020. 

Larry turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2020 kepada seluruh masyarakat beragama Islam di negara ini khasnya negeri Sarawak. 

Kebiasaannya katanya, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan sangat meriah terutama di Sarawak dengan aktiviti ziarah serta rumah terbuka. 

Bagaimanapun katanya tahun ini, pandemik COVID-19 tidak mengizinkan rakyat untuk meneruskan tradisi indah itu. 

“Kita terpaksa akur, kerana keselamatan rakyat adalah sangat penting dan merupakan tanggungjawab kita semua. 

“Meskipun demikian, hubungan kita tetap terjalin melalui kaedah-kaedah lain dimana kita masih berhubung menerusi platform media sosial untuk menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya,” katanya. 

Ujar Larry lagi, selepas Aidilfitri akan berlangsungnya sambutan Hari Gawai Dayak dan beliau berharap pandemik ini tidak berpanjangan serta keadaan akan lebih selamat. 
 

  • oleh
  • Advertisement