Anda di sini

Sedia jadual perjalanan bas yang lebih teratur

Advertisement
HENRY KANYAN
HENRY KANYAN

SIBU: Syarikat bas henti-henti yang akan menyambung semula perkhidmatan mereka diharap dapat menyediakan jadual perjalanan yang lebih teratur untuk memenuhi keperluan orang ramai.

Exco Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing berkata, usaha itu penting bagi memastikan perkhidmatan bas henti-henti tersebut dapat memberikan manfaat kepada orang ramai.

Menurutnya, masa menunggu bas yang lama antara faktor orang ramai lebih suka memilih perkhidmatan kereta sewa.

“Sebagai contoh, orang awam yang hendak turun ke pasar terpaksa menunggu lama untuk bas tiba.

“Jadi apabila kereta sewa ini tiba lebih awal daripada bas, mereka sudah pasti memilih untuk menaiki kenderaan tersebut,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) itu berkata, usaha tersebut penting bagi menarik semula minat orang ramai untuk memilih pengangkutan awam itu.

“Seperti mana yang kita sedia maklum, penyediaan jadual perjalanan bas henti-henti yang fleksibel memainkan peranan penting dalam usaha menarik semula minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam tersebut,” tambahnya.

Henry Kanyan yang juga Pengerusi Persatuan Kemajuan Kawasan Batang Oya-Pakoh dan Sekuau turut menyambut baik Inisiatif Tambang Bas Tahap Harga RM1 yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Menterinya Datuk Lee Kim Shin berkata, inisiatif tersebut untuk syarikat bas henti-henti di empat bandar utama di Sarawak yang akan membuka semula perkhidmatan mereka.

  • oleh
  • Advertisement