Anda di sini

PKS Sabah serah 1, 728 unit PPE kepada DBKK

Advertisement
 Foo (tiga kanan) menyempurnakan simbolik penyerahan unit PPE kepada Nordin.
SERAHKAN: Foo (tiga kanan) menyempurnakan simbolik penyerahan unit PPE kepada Nordin.

KOTA KINABALU: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah menyerahkan sebanyak 1,728 unit Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) bersama 100 kotak barangan makanan kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang bertugas di barisan hadapan.

Presiden PKS Sabah Foo Ngee Kee berkata, antara unit PPE berkenaan ialah 1,500 pelitup muka, 200 pelindung muka dan 28 botol cecair pembasmi kuman.

"Kesemua sumbangan ini dikumpul dari para penasihat PKS Sabah, Ahli Majlis dan para ahli. Sumbangan yang sama turut sudah diedarkan kepada penduduk Tanjung Aru, Telipok Ria, Tuaran, Pejabat Daerah Tuaran dan The Prisons Fellowship Malaysia sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Mayor DBKK Datuk Nordin Siman,  Jabatan Penyelidikan dan Innovasi DBKK Benedict Oliver Lidadun, Naib Presiden PKS Sabah Tan Kai Teck serta tetamu kehormat yang lain.

Foo yang juga Pengasas Presiden Persatuan Trak Bergerak SME Sabah (SSMTA) turut memaklumkan kepada Nordin bahawa SSMTA telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan akan mengadakan mesyuarat agung tahunan yang sulung pada minggu hadapan.

Katanya, kelewatan mengadakan mesyuarat agung tahunan itu disebabkan untuk mematuhi peraturan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu katanya, Ahli Majlis SSMTA telah mengadakan kunjungan hormat kepada Nordin khusus untuk menjelaskan perancangan persatuan berkenaan dalam usaha membantu para graduan dan belia bagi melibatkan diri dalam perusahaan Trak bergerak.

Katanya, usaha berkenaan adalah baik daripada para belia atau graduan hanya menunggu peluang pekerjaan ketika keadaan pengangguran yang tinggi akibat kesan pandemik COVID-19.

  • oleh
  • Advertisement