Anda di sini

Perlawanan tanpa penonton di stadium sendiri cetuskan perasaan sedih, kata Enrique

Advertisement
ENRIQUE
ENRIQUE

MADRID: Jurulatih pasukan bola sepak Sepanyol Luis Enrique berkata bermain dalam stadium tanpa penonton adalah ‘lebih menyedihkan berbanding menari bersama kakak kita sendiri’, ketika sukan bola sepak berdepan dengan prospek perlawanan tanpa penonton dalam masa terdekat disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Bundesliga di Jerman menjadi liga besar pertama di Eropah untuk bersambung semula pada hujung minggu lepas ekoran penutupan selama dua bulan, dengan langkah kebersihan yang ketat dikuatkuasakan di semua perlawanan di seluruh negara.

“Bermain tanpa penonton adalah lebih menyedihkan berbanding menari bersama kakak kita sendiri. Ia tidak menarik,” kata Luis Enrique dalam program bola keranjang "Colgados del aro" ("Bergantung dari gelung”) pada Rabu lepas.

“Saya menonton bola sepak Jerman dan ia adalah sesuatu yang menyedihkan untuk dilihat. Kita dengar suara, malah kita dengar hinaan. Kita kehilangan keintiman pada waktu yang lebih baik.

“Tetapi kita juga perlu faham bahawa ia adalah satu perniagaan yang menjana banyak wang, dan jika pun suasana sama sekali berbeza berbanding jika ada penonton, ia dapat membantu menangani pengurungan.

“Menonton bola sepak semula atau mana-mana sukan lain, sebagai peminat, ia adalah menarik,” tambahnya.

Luis Enrique kembali kepada kerjanya sebagai jurulatih Sepanyol pada November lalu selepas dia meletak jawatan pada Jun lalu untuk menjaga anak perempuannya Xana yang meninggal dunia akibat kanser pada Ogos lalu.

“Sebagai pemain, saya pasti ingin sekali bermain semula secepat mungkin. Saya tidak ada ketakutan,” katanya.

“Saya sedikit takut pada satu ketika kerana ibu bapa saya, keluarga mertua saya dan orang tua yang saya sayangai dan terutama sekali kerana orang yang mungkin menderita. Tetapi pada peringkat peribadi, saya tidak ada ketakutan langsung.”

Euro 2020 telah ditunda selama setahun disebabkan oleh krisis kesihatan dan Luis Enrique mengakui keadaan tidak menentu menjejaskan semua orang yang terlibat.

“Kita hidup hari demi hari. Kita menunggu bola sepak untuk kembali dan selepas itu, kita akan bermula lagi dengan beberapa perlawanan persahabatan.

“Dalam teori, pasukan kebangsaan dijangka akan mengadakan perlawanan persahabatan pada September seperti biasa. Tetapi terdapat perkara yang lebih penting buat masa sekarang, jadi kita perlu bersabar.” — AFP