Anda di sini

Pembukaan pintu sempadan di Ng Nadai atas dasar setiakawan

Advertisement
 Indit (lima kanan) menyampaikan sumbangan kepada Bapa Adenan (dua kiri) untuk disalurkan kepada penduduk di Kalimantan Barat.
UNTUK KEPERLUAN: Indit (lima kanan) menyampaikan sumbangan kepada Bapa Adenan (dua kiri) untuk disalurkan kepada penduduk di Kalimantan Barat.

LUBOK ANTU: Pengerusi Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman yang juga Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai melakukan tinjauan dan merasmikan pembukaan pintu sempadan Sarawak, Malaysia di Lubok Antu di Nanga Nadai dekat sini, kelmarin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman dalam kenyataan media semalam memberitahu, pembukaan pintu sempadan itu bertujuan untuk membekalkan barang makanan ke Kalimantan Barat, Indonesia.

Menurutnya, kerajaan Sarawak telah bersetuju dengan permohonan daripada Gabenor Kalimantan Barat untuk membuka pintu sempadan di Lubok Antu (Nanga Nadai), Tebedu (Entikong) dan Biawak (Aruk) untuk tujuan berkenaan.

Katanya lagi, aturan khusus pembukaan pintu sempadan dilaksanakan secara ‘one-off’ untuk memberi kerjasama bagi memastikan proses penghantaran bekalan makanan ke Kalimantan Barat dapat berjalan lancar.

“Pembukaan pintu masuk makanan ke Kalimantan Barat ini adalah bertujuan untuk penghantaran bekalan makanan bagi keperluan penduduk di Kalimantan Barat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19,” jelas kenyataan itu lagi.

Terdahulu, persetujuan itu dibuat berdasarkan semangat kejiranan dan setiakawan di antara Sarawak dan Kalimantan Barat serta kerjasama ekonomi di antara kedua-dua wilayah di bawah SOSEK MALINDO.

Sementara itu, kekuatan jentera penghantaran keperluan makanan melibatkan sebanyak dua kontena yang membawa makanan ruji serta sebuah trak seberat 10 tan yang dikhaskan untuk membawa telur.

Manakala, dua kontena dan sebuah lori hanya dibenarkan sampai di ICQS Lubok Antu sebelum barangan tersebut dipunggah ke lori serta trak Tentera Negara Indonesia (TNI)  untuk dibawa masuk ke PLBN Nanga Badau.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Bapa Adenan, Pak Chamat Indonesia serta yang lain.

  • oleh
  • Advertisement