Anda di sini

Mereka yang jalani kuarantin di rumah perlu patuh: Charles

Advertisement
CHARLES
CHARLES

SIBU: Mereka yang diperintahkan menjalani kuarantin di rumah dikehendaki sentiasa patuh kepada arahan pihak berkuasa.

Residen Bahagian Sibu Charles Siaw berkata kegagalan tidak patuh arahan merupakan satu kesalahan.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi talian ‘hotline’ Aduan Perintah Bersyarat Bersyarat (PKPB) COVID-19 jika terserempak dengan individu terbabit di tempat awam.

“Mereka diperintahkan menjalani kuarantin di rumah wajib mematuhi arahan. Ini kerana ia diwartakan dan kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan,” katanya.

Charles mengetuai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu memberitahu sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang aduan.

Beliau berkata, pihaknya membuka talian ‘hotline’ 013-9994158 (WhatsApp sahaja) kepada orang ramai melaporkan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kepada pihak berkuasa dalam tempoh PKPB.