Anda di sini

Manfaatkan MRP untuk tingkat sosioekonomi penduduk

 John Sikie (tiga kiri) menyampaikan geran MRP kepada Pemanca Gerosen.
GUNA SEBAIKNYA: John Sikie (tiga kiri) menyampaikan geran MRP kepada Pemanca Gerosen.

BINTULU: Geran projek kecil luar bandar (MRP) yang diberikan kepada pihak yang mewakili penduduk boleh diguna-kan untuk tujuan me-ningkatkan sosioekonomi terutamanya dalam sektor pertanian.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, antara manfaat yang boleh digunakan melalui geran itu ialah pembelian anak benih kelapa sawit dan anak pokok buah-buahan untuk diusahakan sebagai tanaman bagi membantu memperkasakan ekonomi penduduk.

Selain itu katanya, kerja-kerja membaik pulih rumah dan membeli alat binaan bagi membina rumah panjang juga dapat dilakukan melalui geran yang diterima itu.

Begitupun katanya, pe-ngerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK)perlu memaklumkan dan meng-adakan mesyuarat bersama penduduk rumah panjang masing-masing berhubung peruntukan MRP yang diterima.

“Mereka boleh meng-adakan perbincangan bersama berkenaan kaedah yang sesuai untuk membelanjakan geran MRP tersebut,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata demikian semasa menyampaikan geran MRP DUN N.60 Kakus kepada 45 penerima terdiri daripada persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan JKKK rumah panjang berjumlah RM618,775 di Bilik Mesyua-rat Pejabat Daerah Tatau, semalam.

Pengagihan geran MRP itu dibahagikan kepada dua sesi dengan setiap sesi khusus untuk 20 penerima secara bergilir-gilir mengikut Pro-sedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB).

Sementara itu katanya, pemilihan atau pelantikan jawatan dalam JKKK tidak harus mengkhusus kepada ahli dalam sebuah keluar-ga sahaja, sebaliknya perlu memilih penduduk lain yang mempunyai kelayakan supaya pengurusan dalam jawatankuasa itu lebih adil dan telus.

Sikie turut mengingatkan penduduk agar tidak meng-adakan aktiviti kunjung-mengunjungi dan berkumpul beramai-ramai semasa sam-butan Hari Gawai nanti.

Sebaliknya katanya, ia harus disambut hanya dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja sekali gus kekal duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.

“Penduduk perlu mengikut SOP PKPB antaranya sentiasa mengamalkan jarak sosial, menggunakan pensanitasi tangan, kerap membasuh tangan dan menggunakan pelitup muka.

“Manakala penduduk yang berada di bandar tidak dibenarkan balik ke kampung dan rumah panjang untuk menyambut Gawai meman-dangkan ibu bapa di kampung adalah terdiri daripada warga emas yang berisiko sekiranya dijangkiti dan kita perlu be-kerjasama untuk sama-sama mencegah penularan wabak COVID-19 ini,” katanya.

Sikie turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang bekerjasama dalam pengagihan makanan kepada penduduk di DUN Kakus semasa tempoh PKP.

Penghargaan turut diberikan kepada semua agensi kerajaan melibatkan Pejabat Daerah Tatau, Selangau dan Mukah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA), Jabatan Kebajikan Masya-rakat (JKM), Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.60 Kakus, NGO dan ketua-ketua masyarakat dan ketua kaum Daerah Tatau.

“Penghargaan juga kepada petugas barisan hadapan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Tentera Malaysia(ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas tanpa mengira masa bagi memastikan COVID-19 dapat dibendung,” katanya.

Turut hadir Pegawai Da-erah Tatau Barayan Lenya, Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami, Inspektor Nyipa Juwet mewakili Ketua Polis Daerah Tatau, Pemanca Gerosen Jubin, Penghulu Sanok Magai dan Penghulu Thomas Jawa Lasu.

Advertisement