Anda di sini

KPDNHEP Sibu rampas barang bernilai RM111,000 setakat ini

Advertisement
 Kelyn (kanan) sambil diiringi Pengurus Pasaraya Everwin, Swan Square Wong Ling Tung ketika pelancaran SHMMP di Sibu, semalam.
PERIKSA: Kelyn (kanan) sambil diiringi Pengurus Pasaraya Everwin, Swan Square Wong Ling Tung ketika pelancaran SHMMP di Sibu, semalam.

SIBU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu setakat ini telah merampas barang bernilai lebih RM111,000 dari premis perniagaan di sini kerana melakukan pelbagai kesalahan perdagangan setakat tahun ini.

Ketua cawangannya Kelyn Bolhassan berkata, ini melibatkan 24 kes termasuk menyita dan rampasa dari pasar raya, kedai runcit dan gerai.

Perkara ini didedahkannya semalam ketika melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Raya Aidilfitri dari 20 Mei-3 Jun dan 10 barang sempena perayaan Hari Gawai dari 28 Mei hingga 3 Jun di Pasaraya Everwin di Swan Square di sini yang meliputi kawasan Sibu, Kanowit dan Sela-ngau.

Kelyn berkata, cawangannya mencatatkan sejumlah RM11,550 yang dikumpulkan dari 22 kes kompaun kerana melakukan kesalahan perdagangan seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihalan Perdagangan 1961 serta Akta Timbang dan Sukat 1972.

Dalam tempoh itu katanya, sebanyak 2,837 premis perniagaan diperiksa termasuk 481 di kawasan luar bandar, katanya.

Beliau berkata untuk tempoh yang sama, cawangannya juga telah menerima 86 aduan orang ramai, dengan 43 kes tertinggi terkawal dengan harga barang diikuti oleh 19 kes transaksi perdagangan dalam talian dan perdagangan palsu, tujuh kes.

Advertisement