Anda di sini

Korban COVID-19 di Brazil melebihi 20,000 susulan jumlah rekod 24 jam

Advertisement
 Pekerja dilihat menggali lubang kubur di Vila Formosa di pinggir Sao Paulo, Brazil               pada Rabu lepas ketika jumlah kematian akibat COVID-19 meningkat di negara itu. — Gambar AFP
GALI KUBUR: Pekerja dilihat menggali lubang kubur di Vila Formosa di pinggir Sao Paulo, Brazil pada Rabu lepas ketika jumlah kematian akibat COVID-19 meningkat di negara itu. — Gambar AFP

RIO DE JANEIRO: Angka kematian akibat koronavirus (COVID-19) di Brazil melebihi 20,000 orang kelmarin, selepas satu jumlah rekod kematian dalam tempoh 24 jam, kata kementerian kesihatan.

Negara itu adalah pusat utama bagi wabak di Amerika Latin, dan jumlah kematian sehari paling tinggi sebanyak 1,188 orang telah menyebabkan angka kematian kese-luruhan pada 20,047.

Brazil kini merekodkan lebih 310,000 kes, dengan pakar menyatakan kekura-ngan ujian saringan bermakna angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Dengan lengkungan jangkitan dan kematian naik secara mendadak, negara dengan seramai 210 juta penduduk itu berada di tangga ketiga di dunia dalam peringkat kes keseluruhan, di belakang Amerika Syarikat dan Rusia.

Angka kematian – keenam paling tinggi di dunia – telah bertambah dua kali ganda dalam masa hanya 11 hari, menurut data kementerian.

Di sebalik penularan pe-nyakit yang membimbangkan, presiden haluan kanan Jair Bolsonaro kelmarin meneruskan permintaannya agar perintah kawalan pergerakan ditamatkan untuk merangsang semula ekonomi yang terjejas.

Tetapi hampir semua 27 negeri di negara itu masih melaksanakan perintah kawalan pergerakan, walaupun rakyat Brazil mulai bosan dengan sekatan yang bermula sejak hujung Mac.

Negeri Sao Paulo, ibu ne-geri ekonomi dan kebudayaan di Brazil, adalah antara yang paling terjejas, dengan kira-kira suku daripada kematian dan jangkitan di negara itu.

Gabenor Sao Paulo Joao Doria, yang sering bertelagah dengan presiden mengenai langkah-langkah pencega-han, telah menyatakan negara perlu menentang koronavirus dan “Bolsonarovirus”.

Namun Bolsonaro dan gabenor itu menyuarakan nada berdamai kelmarin ketika mereka mengadakan sidang video untuk menyelaraskan respons kepada COVID-19.

Presiden menggelarnya sebagai “satu kemenangan besar untuk rakyat Brazil.”

Doria, pula bagi pihaknya, menggesa perpaduan.

“Brazil perlu bersatu. Sekiranya kita sedang dalam peperangan, kita semua berdepan kekalahan. Marilah kita bersatu secara aman, Tuan Presiden, bersatu untuk Brazil,” katanya.

Beberapa hospital di Sao Paulo, Rio de Janeiro dan beberapa negeri lain di sekitar utara dan timur laut Brazil telah hampir lumpuh.

Pihak berkuasa bergegas untuk menyediakan beberapa hospital lapangan dengan lebih banyak katil, namun bergelut untuk membinanya dengan sepantas mungkin.

Bolsonaro, telah terkenal membandingkan virus itu dengan “selesema ringan,” kelihatan meletakkan harapannya kepada ubat antimalaria ‘chloroquine’ dan ‘hydroxychloroquine’ untuk menghentikannya.

Beliau telah melalui dua menteri kesihatan sejak pandemik bermula, dan ke-menterian penting itu kini buat sementara di tangan jeneral tentera Eduardo Pazuello.

Menteri kesihatan yang terakhir, Nelson Teich, meletakkan jawatan pada minggu lepas selepas kurang dari sebulan memegang jawatan itu, dilaporkan selepas bertengkar dengan Bolsonaro mengenai sikap keras kepala presiden untuk penggunaan ‘chloroquine’ dan ‘hydroxychloroquine’.

Ubat tersebut menunjuk-kan keputusan yang tidak konklusif terhadap COVID-19, serta para saintis berkata kajian lanjut diperlukan untuk menentukan sama ada ia selamat dan efektif bagi melawan COVID-19.

Namun seperti rakan se-jawatannya di Amerika Syarikat Donald Trump, Bolsonaro melihatnya sebagai ubat yang berpotensi besar.

Tidak lama selepas Teich meletakkan jawatan kerajaan Bolsonaro pada Rabu lepas mencadangkan semua pesakit COVID-19 menerima salah satu daripada ubat tersebut sebaik sahaja mereka me-nunjukkan simptom.

“Masih belum ada bukti saintifik, namun (chloroquine) telah dipantau dan digunakan di Brazil dan seluruh dunia,” kata Bolsonaro kemudian di Twitter. — AFP

Advertisement