Anda di sini

Keluarga di Muara Tebas hilang rumah sehari sebelum Aidilfitri 

Advertisement
Anggota bomba memadamkan sisa bara bagi mengelak api kembali marak - Gambar ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan sisa bara - Gambar ihsan bomba

KUCHING: Sebuah keluarga di  Kampung Muara Tebas, Jalan Bako di sini hilang tempat berteduh sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri apabila rumah mereka ranap dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.05 pagi.

Menurutnya, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam api.

"Kabakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal dan telah terbakar sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.

Api marak memusnahkan kediaman 10 sekeluarga, awal pagi tadi.
Api marak memusnahkan kediaman 10 sekeluarga, dinihari tadi. - Gambar ihsan bomba 

Tambahnya, api berjaya dikawal pada jam 4.38 pagi dan dipadam sepenuhnya pada jam 5.50 pagi.

"Kesemua penghuni rumah adalah seramai 10 orang dan mereka berjaya keluar menyelamat diri sebelum api semakin marak," katanya.

Jelasnya juga tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak," katanya.

  • oleh
  • Advertisement