Anda di sini

Kelab Rotary Bintulu sumbang pendingin hawa kepada Hospital Bintulu

Advertisement
 Lau (dua kiri) bersama ahli-ahli Kelab Rotary Bintulu menyerahkan sumbangan unit pendingin hawa kepada Dr Sivashunmugam (tengah) semalam.
PRIHATIN: Lau (dua kiri) bersama ahli-ahli Kelab Rotary Bintulu menyerahkan sumbangan unit pendingin hawa kepada Dr Sivashunmugam (tengah) semalam.
 

BINTULU: Kelab Rotary Bintulu melalui bantuan Rotary Antarabangsa Daerah 3310 menyumbang beberapa unit pendingin hawa kepada Hospital Bintulu semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Presiden Kelab Rotary Bintulu, Lau Siong Tiing kepada Timbalan Pengarah Hospital Bintulu, Dr S Sivashunmugam mewakili pengarahnya, Dr Davis Johnraj.

Ia sebagai tanda penghargaan kepada petugas kesihatan barisan hadapan merupakan nadi penting membantu kerajaan membendung penularan wabak COVID-19 ketika ini.