Anda di sini

Golf dikuasai kaum wanita Korea Selatan

Advertisement
 Kim Sei-young memberikan ‘pose’ semasa temu ramah dengan AFP di pusat latihan di Yongin, Seoul. — Gambar AFP
BERSEMANGAT: Kim Sei-young memberikan ‘pose’ semasa temu ramah dengan AFP di pusat latihan di Yongin, Seoul. — Gambar AFP

SEOUL: Apabila jelajah golf wanita domestik di Korea Selatan mengadakan acara perdananya pada minggu lepas – tanpa penonton kerana pandemik COVID-19 – tidak kurang dari tiga daripada 10 pemain terkemuka di dunia mengambil bahagian.

Negara dengan 52 juta penduduk itu mempunyai bahagian yang tidak seimbang dalam ranking golf dunia wanita, dengan menyumbang lapan daripada 20 pemain terkemuka sekarang.

Dalam pertunjukan bagi keunggulan mereka, wanita Korea telah memenangi sekurang-kurangnya satu kejohanan penting setiap musim sejak 2010, dan pembatalan akibat COVID-19 mungkin ancaman terbesar kepada pencapaian mereka pada tahun ini.

Fenomena itu, kata pemain dan pengulas, adalah hasil beberapa faktor; ibu bapa yang memberi dorongan, latihan yang intensif, masyarakat yang amat kompetitif, wang penajaan, dan contoh pemenang LPGA sebanyak 25 kali Pal Se-ri yang menyinar.

Daripada perkara tersebut, satu elemen amat penting sekali – sokongan yang tidak berbelah-bahagi serta dorongan kuat ibu bapa, yang menunggu selama berjam-jam sementara anak-anak berlatih, membawa mereka berulang-alik di antara tempat pertandingan dan membelanjakan jumlah yang signifikan untuk kejurulatihan.

“Sokongan ibu bapa sepenuhnya” adalah amat penting sekali bagi kejayaan, kata pemain nombor enam, Kim Sei-young, yang mempunyai 10 kemenangan LPGA dan mengambil bahagian dalam Kejohanan KLPGA, kepada AFP.

Ia selari dengan masa, sumber dan tekanan yang dicurahkan oleh ramai ibu bapa Korea Selatan ke dalam kemajuan akademik anak-anak mereka dalam usaha untuk mendapatkan tempat yang dicari-cari di salah sebuah universiti terkemuka di negara itu.

Korea Selatan menduduki tempat kelapan dalam ranking dunia bagi jumlah padang golf, menurut laporan Golf di Dunia 2019 daripada Royal and Ancient, dengan 798 padang golf dalam 440 kemudahan.

Tetapi sementara padang latihan golf dan golf skrin adalah murah dan popular, yuran hijau selalunya berharga ratusan dolar dan kelab dilihat sebagai elit dan mahal.

“Di Amerika Syarikat (AS), golf merupakan sukan yang popular dan orang dapat mengakses padang golf dengan mudah tetapi di sini, mengakses padang golf adalah sukar,” kata Kim.

Pulangan yang berpotensi ke atas pelaburan golf amat besar sekali. Kim telah memenangi wang hadiah sebanyak AS$8.8 juta (RM40 juta) dalam tempoh lima tahun sejak dia tampil buat julung kalinya dlam Jelajah LPGA di AS, di mana dia memegang rekod scor 72 lubang dengan 31 bawah.

Luar biasa sekali, jelajah wanita Korea Selatan adalah sukan penonton yang lebih besar di negara itu berbanding golf lelaki, seterusnya mencerminkan nasib mereka yang berbeza. — AFP

Advertisement