Anda di sini

De Jong belum bersedia untuk diturunkan

Advertisement
DE JONG
DE JONG

MADRID: Pemain antarabangsa Belanda Frenkie de Jong kelmarin berkata dia gembira untuk menyambung semula latihan bersama Barcelona tetapi ‘belum lagi bersedia untuk bermain dalam perlawanan’ selepas penangguhan selama dua bulan disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Kelab-kelab di Sepanyol mula berlatih dalam kumpulan 10 pemain pada Isnin lepas, selari dengan protokol kesihatan, selepas La Liga mengambil satu lagi langkah dalam rancangan untuk menyambung semula musim ini pada bulan depan.

“Saya merindui latihan, rakan sepasukan, bermain bola sepak dan segalanya,” kata De Jong dalam satu temu ramah dalam laman sesawang kelab.

“Dua atau tiga bulan berjauhan adalah masa yang lama. Ia adalah sentiasa bagus untuk berjumpa semula selepas berpisah untuk percutian atau apa sahaja, tetapi ia biasanya kira-kira selama tiga minggu sahaja tetapi ini adalah hampir tiga bulan.”

Pasukan dalam dua divisyen teratas di Sepanyol kembali ke padang latihan mereka pada awal bulan ini, dengan pemain yang pada mulanya berlatih secara individu sebagai sebahagian daripada program La Liga yang berperingkat-peringkat.

“Saya rasa saya belum lagi bersedia untuk bermain dalam perlawanan. Kita masih memerlukan latihan selama beberapa minggu. Mula-mula secara individu, kemudian dalam kumpulan kecil dan kemudian sebagai seluruh pasukan. Kita akan bersedia untuk bermain semula dalam masa beberapa minggu,” kata De Jong.

“Saya rasa ia adalah bagus untuk bermula dengan berlatih secara berasingan kerana semua orang bekerja pada rentak mereka sendiri dan dapat melihat tahap kecergasan mereka sebelum mereka berlatih bersama anggota lain dalam kumpulan. Saya rasa segalanya rasa cukup bagus! Ia adalah persediaan yang baik.”

Ketua La Liga Javier Tebas menaruh harapan agar perlawanan bersambung bermula 12 Jun tetapi mengakui masa sebenar bergantung kepada pihak berkuasa kesihatan di Sepanyol serta trajektori virus. — AFP

Advertisement