Anda di sini

Anak-anak Khashoggi ‘maafkan’ pembunuh

Advertisement
JAMAL KHASHOGGI
JAMAL KHASHOGGI
SALAH KHASHOGGI
SALAH KHASHOGGI

RIYADH: Anak-anak lelaki kepada wartawan Arab Saudi yang dibunuh Jamal Khashoggi, semalam berkata mereka “memaafkan” pembunuh bapa mereka.

“Kami sebagai anak lelaki kepada Jamal Khashoggi me-ngumumkan kami memaaf- kan dan mengampuni mereka yang telah membunuh bapa kami,” anak lelaki kepada ko-lumnis Washington Post itu, Salah Khashoggi menyatakan di Twitter.

Kesan perundangan daripada pengumuman Salah, yang menetap di Arab Saudi, masih belum jelas.

Khashoggi – orang dalam keluarga diraja yang bertukar menjadi pengkritik – telah dibunuh dan dikerat anggota badannya di konsulat kerajaan tersebut di Istanbul pada 2 Oktober, 2018, dalam satu kes yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Operasi itu melibatkan 15 ejen dihantar dari Riyadh, menurut Ankara. Mayatnya tidak pernah ditemui.

Daripada 11 individu yang didakwa dalam kes tersebut, lima orang dijatuhkan huku-man mati, tiga berdepan hukuman penjara selama 24 tahun dan yang lain telah dibebaskan, kata pendakwa raya umum pada Disember.

Salah sebelum ini berkata beliau mempunyai “keyakinan penuh” terhadap sistem kehakiman, dan mengkritik pembantah yang menurutnya cuba untuk mengeksploitasi kes itu.

Washington Post melaporkan pada April bahawa anak-anak Khashoggi, termasuk Salah, telah menerima beberapa rumah bernilai berjuta-juta dolar dan dibayar ribuan dolar setiap bulan oleh pihak berkuasa.

Namun Salah menolak laporan itu, menafikan telah membincangkan pampasan kewangan dengan kerajaan Arab Saudi.

Kedua-dua CIA dan utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengaitkan secara langsung pemerintah de facto Putera Mahkota Mohammed bin Salman dengan pembunuhan itu, satu dakwaan yang dinafikan oleh kerajaan tersebut. — AFP