Anda di sini

Rakyat dinasihati patuh kepada SOP ditetapkan sepanjang sambutan perayaan

Advertisement
SAFAR
SAFAR

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui Sabah COVID-19 Command Centre menasihati semua rakyat di Sabah untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan perayaan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri serta perayaan kebudayaan etnik.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata, semua masyarakat diingatkan bahawa sepanjang tempoh perayaan, sambutan hanyalah dibenarkan dalam kalangan keluarga yang tinggal serumah sahaja.

"Ianya hendaklah tidak melebihi 20 orang bergantung kepada keluasan rumah. Aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan semasa perayaan adalah seperti kunjung-mengunjung ke rumah saudara mara atau sahabat handai, balik kampung, rumah terbuka dan berjemaah di masjid atau rumah ibadat.

"Antara aktiviti yang turut tidak dibenarkan ialah kenduri-kendara, ziarah kubur atau tahlil, marhaban dari rumah ke rumah dan berpesta," katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap dengan pematuhan SOP berkenaan, ia dapat membantu mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti.

"Orang ramai adalah dimohon untuk memastikan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri sentiasa diutamakan serta mengamalkan penjarakan sosial," katanya
 

  • oleh
  • Advertisement