Anda di sini

Permintaan daging lembu di Labuan melonjak tahun ini, kata peniaga

Advertisement
 Sitha melayan pelanggan membeli daging.
LEMBU: Sitha melayan pelanggan membeli daging.

 

LABUAN: Permintaan daging lembu yang terus meningkat pada musim ini berbanding tahun lalu mendorong peniaga meningkatkan usaha memastikan bekalan segar setiap hari.

Sitha, peniaga daging di Pasar Peladang berkata pihaknya menyembelih sehingga empat ekor lembu setiap awal pagi untuk memenuhi permintaan pasaran di pulau ini khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam tempoh PKP ini ramai orang menyediakan hidangan di rumah yang membuat bekalan daging lembu dan keperluan lain terus meningkat,” katanya.

Menurut Sitha, pihaknya terus beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari sepanjang 18-23 Mei ini.

Sitha memberitahu untuk memastikan bekalan memenuhi permintaan pelanggan, pihaknya memesan lembu hidup dari tanah besar Sabah diangkut menggunakan kenderaan dan menaiki feri untuk dihantar ke rumah sembelih.

Di samping memesan bekalan, kata Sitha lagi pihaknya ada menternak haiwan pedaging seperti kambing, ayam dan rusa untuk bekalan segar di pasaran setempat.

 Pelanggan menungjungi jualan daging di Pasar Peladang.
PASAR: Pelanggan menungjungi jualan daging di Pasar Peladang.