Anda di sini

Kelab bola sepak Korea Selatan didenda kerana pamer patung seks di stadium

Advertisement
 Gambar diambil pada 17 Mei menunjukkan patung seks yang digunakan untuk mengisi tempat duduk penonton semasa perlawanan bola sepak FC Seoul yang diadakan dalam stadium tertutup di Seoul, Korea Selatan. — Gambar AFP
GANTI PENONTON: Gambar diambil pada 17 Mei menunjukkan patung seks yang digunakan untuk mengisi tempat duduk penonton semasa perlawanan bola sepak FC Seoul yang diadakan dalam stadium tertutup di Seoul, Korea Selatan. — Gambar AFP

SEOUL: FC Seoul di Korea Selatan telah dikenakan denda tertinggi 100 juta won (RM364,500) kerana menggunakan patung seks untuk mengisi tempat duduk semasa perlawanan yang diadakan dalam stadium tertutup, dan pegawai Liga K berkata kelab bola sepak itu “amat memalukan peminat wanita”.  

Selepas penonton dilarang disebabkan oleh COVID-19, FC Seoul dikecam selepas puluhan patung yang memakai kemeja atau membawa plakad dengan logo sebuah syarikat yang menjual alat permainan seks muncul di perlawanan pada Ahad lepas.

Insiden itu menjadi tajuk berita utama di seluruh dunia.

Selepas meneliti kes itu, Liga K menerima dakwaan FC Seoul bahawa ia tidak tahu bahawa boneka pakai-an itu adalah alat permainan seks, tetapi berkata ia “sepatutnya dapat dengan mudah menyedari penggunaannya dengan menggunakan akal dan pengalaman”.

“Kontroversi berhubung insiden ‘patung sebenar’ ini amat memalukan dan me-nyinggung peminat wanita dan merosakkan integriti liga,” ia menyebut dalam satu kenyataan lewat kelmarin, ketika ia mengenakan denda terbesar dalam sejarah liga selama 38 tahun.

FC Seoul menerima keputusan itu, memohon maaf dan berjanji untuk tidak meng-ulangi kesilapan tersebut.

Laporan menyebut sebuah syarikat pengedar boneka pakaian berhubung dengan Liga K untuk menawarkan produknya bagi mengisi tempat duduk yang kosong secara percuma, dan diperkenalkan kepada FC Seoul.

Pasukan itu berkata ia telah meminta polis untuk menyiasat syarikat yang menyedia-kan produk tersebut.

Musim baharu Liga K dilancarkan tanpa penonton pada 8 Mei lalu selepas ditunda selama lebih dua bulan di-sebabkan oleh COVID-19.

Kelab-kelab telah menggunakan pepotong kadbod, plakad dan sepanduk untuk mengisi tempat duduk, tetapi penyokong tidak kagum de-ngan patung seks tersebut.

“Saya tertanya-tanya bagai-mana mereka mendapat idea yang aneh ini. Ini adalah satu keaiban antarabangsa,” kata seorang pengkritik dalam talian.

Seorang lagi peminat bola sepak menambah: “FC Seoul mengubah stadiumnya menjadi zon bertaraf X.” — AFP