Anda di sini

Kanak-kanak lelaki empat tahun meninggal dipercayai tercekik gula-gula jeli

Advertisement
FARID
FARID

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun disahkan meninggal di Hospital Nukleus Labuan dipercayai tercekik selepas memakan gula-gula jenis jeli.

Ketua Polis Daerah WP Labuan Supt. Muhamad Farid Hj. Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan dari hospital berkenaan kira-kira jam 10.10 malam 20 Mei lalu memaklumkan kes kematian tersebut.

“Kanak-kanak itu dipercayai meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital dari rumah mereka di Kg Batu Manikar,” katanya sambil menambah sesampai di hospital kanak-kanak berkenaan tidak bernyawa lagi.

Farid menjelaskan siasatan awal ke atas ibu kanak-kanak memaklumkan pada hari yang sama kira-kira jam 9.00 malam, mangsa meminta gula-gula jenis jeli dan selepas memakan, mangsa tercekik.

Dalam keterangan yang diterima, katanya ibu mangsa berusaha mengeluarkan gula-gula berkenaan dari kerongkong mangsa tapi tidak berjaya.

Ibu mangsa kemudian membawa anaknya ke hospital dan sesampai di Wad Kecemasan, pemeriksaan lanjut mendapati anak itu telah meninggal dunia.
 
Menurut Farid pihak hospital menjalankan bedah siasat setelah analisis ‘sample spacement’ mangsa diperoleh samada positif COVID-19 atau pun tidak.

“Kes disiasat di bawah Kematian Mengejut,” katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement