Anda di sini

Helmet panda Liew tarik perhatian umum

Advertisement
 Liew bersama helmet pandanya yang tular baru-baru ini.
KREATIF: Liew bersama helmet pandanya yang tular baru-baru ini.
 Gambar Liew yang tular di media sosial Facebook yang dimuat naik pengguna Facebook Rahman Ahamad kelmarin yang mendapat lebih 10,000 perkongsian.
TULAR: Gambar Liew yang tular di media sosial Facebook yang dimuat naik pengguna Facebook Rahman Ahamad kelmarin yang mendapat lebih 10,000 perkongsian.

MIRI: “Tak sangka hari pertama bertugas sebagai 'rider', saya dah buat orang gembira dan tersenyum melihat saya dengan helmet panda tersebut,” jelas Timothy Liew Jian Yiu, 27.

Beliau yang tular di Facebook baru-baru ini kerana memakai helmet panda yang turut menandakan syarikat penghantaran makanan tempat beliau mencari rezeki sebagai 'rider' menarik perhatian dan menjadi bualan orang ramai di media sosial dan masyarakat setempat di sini.

Rabu lalu, gambar Liew tular di laman sosial Facebook apabila salah seorang pengguna yang menggunakan nama Rahman Ahamad yang memuat naik gambar beliau ketika berhenti di lampu isyarat berdekatan Bintang Megamall Miri meraih lebih 10,000 perkongsian di Facebook.

Ketika dihubungi Utusan Borneo semalam, Liew memberitahu bahawa beliau tidak menyangka tindakannya memakai helmet panda menjadi perhatian masyarakat dan tular.

“Saya perasan yang gambar saya diambil ketika berhenti di lampu isyarat tersebut, tapi tak sangka pula akan tular.

“Saya tak kenal mereka yang ambil gambar saya, hanya toleh dan biarkan mereka ambil gambar sahaja.

"Kalau mereka gembira dengan penampilan saya, saya juga tumpang gembira,” katanya.

Sebelum ini, Liew bermain alat muzik bersama kumpulannya di beberapa bar, namun berikutan dengan situasi masa kini dan kebanyakan bar ditutup, beliau mengambil keputusan untuk menjadi ‘rider' salah sebuah syarikat penghantaran makanan sebagai sumber pendapatan.

Beliau yang bekerja dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang mendapat idea helmet panda tersebut kerana menyukai kecomelan haiwan tersebut dan kebetulan bekerja di syarikat yang menggunaka logo panda terbabit.

“Helmet itu milik saya sendiri dan saya ubah dengan menyarungkan kain kepala panda pada helmet berkenaan yang kebetulan juga berkaitan dengan syarikat tempat saya mencari rezeki.

“Lagipun, saya memang suka panda memandangkan badan saya juga seperti panda,” tambahnya sambil ketawa.

Advertisement