Anda di sini

Guru SK Pasir Putih kumpul dana bantu keluarga murid terjejas

Advertisement


 

ZAIRUDIN
ZAIRUDIN

SANDAKAN: Menyedari kesusahan dialami oleh murid-murid yang ibu bapa mereka terjejas dari segi pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak COVID-19, telah membuat guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih Sandakan telah mengambil inisiatif membantu keperluan harian kepada 30 orang murid.

Guru SK Pasir Putih Besar Sandakan, Zairudin Haji Ali berkata guru-guru telah terpanggil untuk bersama menghulurkan bantuan wang tunai bagi membeli barang-barang keperluan harian untuk sumbangan kepada murid yang ibu bapa mereka terjejas teruk sepanjang tempoh PKP.

“Lebih bermakna lagi apabila ada badan bukan kerajaan yang turut sama membantu iaitu Pertubuhan Ikram Sabah telah menyumbangkan RM1,600.00 bagi tujuan yang sama,” katanya.

Beliau berkata hasil sumbangan berkenaan telah membolehkan pihak sekolah membantu 30 keluarga yang majoritinya adalah berstatus bukan warganegara dan tidak layak mendapat bantuan seperti diumumkan Perdana Menteri.

“Bantuan ini diberikan kepada keluarga berkenaan merangkumi kawasan Hsiang Garden, Bandar Ramai-Ramai, Tanah Merah, Kampung Bokara, Kampung Karamunting, Lupak Meluas dan Flat MPS.

“Seramai lapan orang guru telah turun padang mengunjungi keluarga berkenaan bagi menyampaikan bantuan berkenaan yang diketuainya sendiri,” katanya.  

Beliau berkata misi menyampaikan sumbangan telah dipecahkan dua kumpulan di mana kumpulan pertama diketuainya dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Abdah Dudin.

Zairudin berkata inisiatif ini adalah idea Cikgu Nadiah Naim selaku penyelaras program selepas dia dihubungi oleh beberapa orang ibu pelajar memaklumkan mereka berada dalam kesempitan dari segi keperluan bahan  makanan.

“Pada awalnya, Nadiah mengambil inisiatif mengeluarkan wangnya sendiri bagi meringankan beban pelajarnya,” katanya.

Beliau berkata selepas itu dari itu, Nadiah membawa cadangan perlaksanaan program ini kepadanya dan dipersetujui.

“Dalam tempoh masa empat hari melaksanakan kutipan kepada semua guru-guru. Yang menariknya, ada juga ahli keluarga guru-guru kami yang turut memberikan sumbangan,” katanya.

 Nadiah Naim yang mencadangkan program sumbangan untuk murid.
PENCETUS IDEA: Nadiah Naim yang mencadangkan program sumbangan untuk murid.

Zairudin berkata keprihatinan serta rasa tanggungjawab guru-guru ini telah berjaya membeli barang-barang keperluan untuk perlaksanaan sumbangan.

“Kita guna data murid yang ada dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi mengesan murid yang berkelayakan. Kita fokus membantu kepada murid yang bertaraf bukan warganegara di mana memang ibu bapa mereka tidak layak dapat bantuan yang dibagi oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan sekarang ini di mana kita semua perlu berganding bahu membantu dalam menghulurkan barang-barang keperluan harian kepada murid berkelayakan.

“Kami guru-guru SK Pasir Putih berharap dengan sumbangan tidak seberapa ini dapat membantu meringankan beban keluarga murid terbabit,” katanya.

Zairudin juga turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada guru-guru, kakitangan sekolah dan badan bukan kerajaan menghulurkan sumbangan tersebut.

Mengenai pelajaran murid, beliau berkata dalam kunjungan ini juga dia mendapatkan maklum balas berhubung pengajaran atas talian menggunakan aplikasi Google Class Room yang diarahkan sebaik bermula PKP.

“Rata-rata murid menghadapi masalah terpaksa berkongsi telefon ibu bapa bersama adik beradik yang lain.

“Pihak sekolah akan membantu pihak murid dengan meletakkan bahan-bahan pembelajaran di sekolah dan ibu bapa boleh datang mengambil pada masa yang ditetapkan,” katanya.

 Keluarga bersama murid menerima sumbangan barang keperluan disampaikan oleh Zairudin (dua kiri).
TERIMA KASIH CIKGU: Keluarga bersama murid menerima sumbangan barang keperluan disampaikan oleh Zairudin (dua kiri).
  • oleh
  • Advertisement