Anda di sini

Dua empangan pecah di Michigan, lebih 10,000 penduduk dipindah

Advertisement
 Seorang lelaki mendayung bot untuk memeriksa kerosakan di kawasan kejiranannya akibat banjir besar selepas empangan pecah di Sanford, Michigan kelmarin. — Gambar AFP
BANJIR BESAR: Seorang lelaki mendayung bot untuk memeriksa kerosakan di kawasan kejiranannya akibat banjir besar selepas empangan pecah di Sanford, Michigan kelmarin. — Gambar AFP

SANFORD: Lebih 10,000 penduduk dipindahkan dari rumah mereka di Michigan kelmarin selepas dua empangan pecah ekoran hujan lebat dan mencetuskan apa yang disebut oleh pegawai sebagai banjir bersejarah.   

Gabenor Gretchen Whitmer mengisytiharkan ke-adaan darurat di Midland County, lokasi empangan yang pecah, di bandar-bandar Edenville dan Sanford.

Jabatan Cuaca Negara memberi amaran tentang banjir kilat yang mengancam nyawa dan menyertai gabenor untuk menggesa penduduk di kawasan kejadian agar mencari tempat yang lebih tinggi dengan segera.

Kawasan tengah Midland, sebuah bandar dengan kira-kira 42,000 penduduk, dijangka akan ditenggelami air kira-kira sedalam tiga meter, menurut Whitmer, yang memberi amaran tentang paras air banjir yang “bersejarah”.

Bandar itu menyebut dalam laman sesawangnya bahawa 11,000 orang telah dipindahkan, dan tiada kematian dilaporkan.

“Penduduk digesa dengan tegas untuk meneruskan evakuasi,” bandar itu me-nyebut dalam satu kenyata-an.

Pihak berkuasa berkata Sungai Tittabawassee yang mengalir menerusi Midland telah mencapai ketinggian 35 kaki, jauh di atas peringkat banjir dan satu kaki lebih tinggi daripada paras rekod lama yang dicipta pada 1986.

Sungai itu dijangka naik tiga kaki lagi sebelum ia mencapai kemuncak.

Gambar yang diambil dari helikopter menunjukkan kawasan tanah yang luas ditenggelami air, jambatan yang musnah, dan rumah serta bangunan yang dimasuki air.

Bencana banjir dan eva-kuasi diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19, yang telah memaksa orang untuk mengamalkan penjarakan sosial.

“Ia adalah sukar untuk percaya bahawa kita berada di tengah-tengah krisis sekali setahun – pandemik global – selain menangani banjir yang kelihatan seperti yang terburuk dalam tempoh 500 tahun,” kata Whitmer.

Gabenor menggesa mereka yang dipindahkan ke pusat perlindungan untuk memakai pelitup muka selain mengamalkan penjarakan sosial jika boleh.

Beberapa sungai di Michigan – sebuah negeri selatan yang dikelilingi Great Lakes – mencapai peringkat banjir pada Selasa lepas setelah hujan setebal empat inci turun sejak beberapa hari lalu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pergi ke Michigan, sebuah negeri pengundi yang penting, semalam untuk melawat sebuah kilang pembuatan kenderaan yang sudah diberi tugasan baharu untuk membuat ventilator.

Kilang tersebut terletak di selatan Michigan tidak jauh dari bandar raya terbesar di negeri itu, Detroit.

Whitmer, yang telah berbalah dengan Trump me-ngenai isu-isu yang ada kaitan dengan respons kepada pandemik, berkata beliau berhasrat untuk memberi “taklimat lengkap” kepada Trump mengenai empangan yang pecah dan banjir yang disebabkannya. — AFP

Advertisement