Anda di sini

Aura Lauda sentiasa bersama dalam perlumbaan: Hamilton

Advertisement
HAMILTON
HAMILTON

LONDON: Lewis Hamilton berkata Niki Lauda bersama-sama dengan beliau ‘dalam semangat pada setiap perlumbaan’ ketika juara dunia enam kali Formula Satu (F1) itu memuji bintang legenda F1 dari Austria itu pada ulang tahun pertama kematiannya.

Lauda, juara dunia tiga kali, meninggal dunia sebelum perlumbaan Grand Prix Monaco tahun lepas pada usia 70 tahun.

Selain dari bersaing dalam dan luar litar, Lauda memainkan peranan penting memujuk Hamilton untuk meninggalkan McLaren dan menyertai pasukan Mercedes.

“Dengan Niki, membawa saya ke sebuah pasukan, meyakinkan saya untuk datang ke pasukan yang ketika itu mempunyai banyak kejayaan. Saya amat berterima kasih di atas peluang ini dan selama-lamanya menyayangi beliau,” kata Hamilton.

“Saya tahu semangat beliau bersama kami dalam setiap perlumbaan.”

Hamilton, bercakap dalam video penghargaan yang dimuat naik oleh beliau pada Rabu.

“Niki adalah seseorang yang saya rindu,” kata pemandu dari Britain itu.

“Mungkin kenangan paling manis saya ialah perbualan pertama kami. Kami mula bercakap pada 2012 dan saya masih ingat menerima panggilan telefon dari Niki dan beliau pujuk saya untuk datang ke Mercedes. — AFP

Advertisement