Anda di sini

Amphan tinggalkan jejak kebinasaan di Bangladesh, India

Advertisement
 Seorang lelaki menggeledah rumahnya yang musnah dihempap pokok tumbang semasa Siklon Amphan melanda bandar Midnapore di Bengal Barat semalam. — Gambar AFP
ANGKARA AMPHAN: Seorang lelaki menggeledah rumahnya yang musnah dihempap pokok tumbang semasa Siklon Amphan melanda bandar Midnapore di Bengal Barat semalam. — Gambar AFP

KHULNA: Siklon paling kuat pernah melanda Bangla-desh dan timur India dalam tempoh lebih 20 tahun memusnahkan rumah, menghanyutkan kereta di lebuh yang ditenggelami air dan mengorbankan lebih 12 nyawa

Pihak berkuasa mula me-ninjau kerosakan semalam selepas jutaan penduduk tidak dapat tidur sepanjang malam yang menyaksikan ribut selaju 165 kilometer sejam (ksj) menumbangkan pokok, tiang elektrik, tembok dan bumbung, dan stesen pencawang elektrik meletup.

Di Bangladesh, pegawai berkata mereka sedang me-nunggu laporan dari daerah Sundarban, sebuah tapak warisan dunia UNESCO yang masyhur kerana hutan paya bakau dan populasi harimau Bengali yang terancam, selepas ia paling teruk dibadai taufan.

Kelegaan yang berleluasa, selepas evakuasi lebih tiga juta orang dari kampung pesisir pantai berjaya mengelak jumlah kematian yang dahsyat seperti dalam taufan pada masa lalu, telah dikurangkan oleh kebimbangan mengenai penularan pandemik CO-VID-19 di pusat perlindu-ngan yang sesak.

Pihak berkuasa di kedua-dua negara mengagihkan pelitup muka dan pensanitasi tetapi penjarakan sosial sama sekali mustahil apabila keluarga memenuhi sekolah konkrit, bangunan kerajaan serta dewan masyarakat.

Siklon merupakan bahaya tahunan di sepanjang pantai Teluk Bengali. Pada 2007 Siklon Sidr mengorbankan lebih 3,500 orang di Bangla-desh.

Pegawai Bangladesh berkata lapan orang telah maut, termasuk seorang budak lelaki berusia lima tahun dan seorang lelaki berusia 75 tahun, selepas kedua-duanya ditimpa pokok yang tumbang, serta seorang sukarelawan kecemasan siklon yang lemas.

Pokok yang tumbang dan serpihan konkrit yang dibawa oleh ribut kuat turut dikaitkan dengan kematian di India.

Ibu kota Bengali Barat, Kolkata, bangun untuk menyaksikan banjir de-ngan beberapa kereta yang ditenggelami air sehingga paras tingkap.

Kebanyakan tempat di kota raya dengan 15 juta penduduk itu bergelap selepas stesen pencawang meletup.

Jutaan penduduk di India dan Bangladesh terputus bekalan elektrik, kata pegawai.

Siklon reda ketika ia bergerak sepanjang pantai Bangladesh tetapi masih membawa hujan lebat dan ribut kencang di Cox’s Bazar, daerah yang menempatkan kira-kira sejuta orang Rohingya yang lari daripada keganasan di Myanmar.

Amphan merupakan “siklon super” pertama yang terbentuk di Teluk Bengali sejak 1999, dengan membawa ribut selaju 185 ksj di laut.

Ia membawa ombak taufan – dinding air lautan yang selalunya menjadi salah satu pembunuh utama dalam sistem cuaca besar – yang me-ngalir deras ke atas darat.

Di barat daya Bangladesh, ombak setinggi 1.5 meter memusnahkan sebuah tambak dan menenggelami tanah pertanian, kata polis kepada AFP.

Pegawai Bangladesh berkata hutan paya bakau Sundarban paling teruk dibadai taufan.

“Kami masih belum mendapat gambaran kerosakan sebenar. Kami khususnya bimbang mengenai beberapa haiwan liar. Mereka mungkin telah dihanyutkan oleh ombak taufan ketika air pasang,” kata ketua perhuta-nan Moyeen Uddin Khan kepada AFP.

Rumah “kelihatan seperti telah dilanggar jentolak”, kata Babul Mondal, seorang penduduk kampung berusia 35 tahun di pinggir daerah Sundarban dalam negara India.

“Semuanya musnah.”

Menteri muda pengurusan bencana Bangladesh, Enamur Rahman, memberitahu AFP bahawa 2.4 juta penduduk dan lebih setengah juta haiwan ternakan telah dibawa ke pusat-pusat perlindungan.

India memindahkan lebih 650,000 orang di Bengali Barat dan Odisha.

Disebabkan oleh COVID-19, pihak berkuasa menggunakan ruang tambahan di pusat perlindungan untuk mengurangkan kesesakan, selain mewajibkan pemakai-an pelitup muka dan menyediakan bilik pengasingan.

Jumlah jangkitan CO-VID-19 masih meningkat dengan ketara di kedua-dua negara. — AFP