Anda di sini

Pengisian komprehensif Kempen Raya Astro pada Syawal ini

Advertisement
 

MEMECAH tradisi kempen hari lebaran, buat pertama kalinya Astro tampil kelainan menerusi iklan komersial raya yang mengangkat genre animasi menggunakan teknik 3D dengan sentuhan 2D.

Ia turut memaparkan ciri tradisi dan elemen budaya masyarakat tempatan yang diterapkan menerusi penceritaan kisah ‘Cerita Raya Dik Non’.

Iklan komersial ‘Cerita Raya Dik Non’ ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Dik Non yang berhasrat untuk menjadi adiwira setelah menonton siri superhero kegemarannya di televisyen. Impian Dik Non turut mendapat dorongan daripada bapanya, Pak Mail.

Pemilik pelakon suara di sebalik dua watak utama kisah ‘Cerita Raya Dik Non’ ini dibawakan oleh Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro sendiri iaitu Dato’ Khairul Anwar Salleh yang melakonkan watak Pak Mail dan Nurdianah (Dee) untuk watak anak perempuannya, Dik Non. Pemilihan mereka untuk menjayakan iklan ini adalah berdasarkan perwatakan dan suara yang bersesuaian dengan watak dan mood penceritaan kisah ini

Kisah ‘Cerita Raya Dik Non’ diarahkan oleh sutradara Derrik Yaw yang turut mengarah iklan komersial ‘Raya Kuasa 7’ tahun lalu.

Pemilihan beliau adalah berdasarkan pengalamannya mengarahkan pelbagai iklan komersial sebelum ini serta mempunyai citarasa seni yang kreatif dan gaya penceritaan yang bersesuaian dengan tema tahun ini.

Sambutan hari lebaran tentunya tidak akan lengkap jika tidak diiringi dengan dendangan lagu raya. Istimewa pada tahun ini, empat penyanyi berbakat besar; Sufi Rashid, Ara Johari, Usop dan Loca B berpadu suara menerusi lagu ‘Senyuman Raya’. Buah tangan terbaharu terbitan Rocketfuel Entertainment ini akan dilancarkan di platform JOOX dan Spotify bermula 15 Mei 2020.

 

Selain itu, kerinduan peminat bakal terubat apabila pasangan hos popular Nabil Ahmad dan Neelofa kembali bergabung untuk menemani penonton pada malam raya tahun ini menerusi program ‘MeleTOP Malam Raya’ secara langsung jam 8.30 malam eksklusif di saluran Astro Ria & Ria HD.

Hiburan tanpa henti pada malam raya turut menghidangkan program ‘Sepahtu Reunion Al Raya 2020’, ‘Sembang Raya #dudukrumah’ menerusi Astro Warna & Warna HD, ‘Rasa Nostalgia Aidilfitri’ menerusi Astro Prima & Prima HD serta filem-filem menarik seperti ‘Ejen Ali The Movie’ (Astro Ria), ‘17 Puasa’ (Astro Warna) serta banyak lagi.

Kelainan utama yang bakal dibawakan tahun ini adalah menerusi program ‘MegaRaya Ria’ yang menawarkan pelbagai hadiah hebat termasuklah wang tunai untuk dimenangi dengan hanya menjawab soalan mudah yang bakal dipaparkan. Program eksklusif ini bakal dikemudikan oleh selebriti terkenal Dato’ AC Mizal, Sherry Al Hadad, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Uniknya, program eksklusif ini akan diterbitkan secara langsung sebanyak dua episod setiap hari jam 9.00 pagi dan 9.00 malam bermula pada hari raya pertama hingga hari raya kelapan di saluran Astro Ria dan Ria HD.

DATO’ KHAIRUL ANWAR SALLEH
DATO’ KHAIRUL ANWAR SALLEH

Dato’ Khairul Anwar Salleh dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, “Tidak dapat dinafikan, perubahan landskap kelaziman dan norma baharu fasa pemulihan pasca pandemik COVID-19 memberi impak yang besar kepada keseluruhan strategi yang dirangka untuk menjayakan kempen Aidilfitri Astro pada tahun ini.

“Meskipun mengambil pendekatan serba sederhana, semangat hari lebaran tetap diraikan dengan penuh meriah menerusi pengisian komprehensif di kesemua rangkaian platform kami,” katanya.

Tambahnya, untuk memberi pilihan yang flek-sibel, kesemua pengisian ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan juga perkhidmatan On Demand.

Koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabangsa daripada yang terkini hingga ke retro turut menemani penonton di kesemua rangkaian saluran Astro sepanjang Aidilfitri ini seperti ‘Sangkar’, ‘Wira’, ‘Pusaka’, ‘Siccin’ Bahagian 1 hingga 4, ‘Jumanji Welcome To The Jungle’, ‘Hotel Transylvania’, ‘Despicable Me’, ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, ‘17 Puasa’, ‘Mann’, ‘Wanted’, ‘Main Prem Ki Diwani Hoon’, ‘Janji Diana’, ‘Azura’, ‘Cinta Kita’, ‘Pee Mak’, ‘Ghost Ship’, ‘Telaga Angker’, ‘Polis Evo 2’, serta banyak lagi.

Tidak terhenti di situ, pelbagai program berbentuk ‘variety’, hiburan, muzikal dan ‘spin-off’ program realiti terbitan Astro bakal disajikan sepanjang Syawal termasuklah program istimewa ‘Gegar Vaganza Raya Level Lain’, ‘Dansa Dan Sing Raya’, ‘Pung Pang Rizalman Raya’, ‘Geng Big Stage Beraya 2.0’ dan ‘The Cuba Show: Edisi Raya’ (Astro Ria), ‘My Buskers Raya’ dan ‘Mingguan Wanita S3 Raya’ (Astro Prima).

 

Para penonton juga akan dihiburkan dengan pelbagai program hiburan berunsur komedi sepanjang musim perayaan ini menerusi saluran Astro Warna & Warna HD seperti ‘Maharaja Lawak Mega Raya’, ‘Warna Pecah Raya’, ‘Telepecah Muzikal Lawak’, ‘Marah-Marah Sayang’, ‘Punchline Aidilfitri’ serta banyak lagi.

Drama bersiri penuh kontroversi popular yang memaparkan sejarah kerajaan Turki Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman, ‘Magnificient Century Musim Ketiga’ juga bakal ditayangkan secara eksklusif di musim lebaran ini. Selain itu, drama ‘Perang Jozlynn Balik Raya’ dan ‘Aku Benci Kpop’ juga turut dihidangkan.

Program istimewa animasi dan kanak-kanak juga turut disajikan sepanjang Syawal menerusi saluran Astro Ceria seperti koleksi siri animasi seperti ‘Omar & Hana Musim 3’, ‘Salam Squad 2.0’, ‘SMK : Raya Dekat Jauh’ dan filem ‘BoBoiBoy Movie 2’ serta program selingan Upin & Ipin ‘Lepak @ Les Copaque’ di Astro Prima.

Dua saluran definisi tinggi baharu dalam Pakej Indo Pek; Astro Rania HD (112) dn Astro Aura HD (113) tidak ketinggalan dalam membariskan program-program menarik termasuklah sinetron dan program realiti terhangat dari seberang sepanjang Syawal yang mulia ini.

Antaranya termasuklah  ‘Cinta Buta’, ‘Ketupat Opor Terakhir Lebaran Ibuku’, ‘Golden Memories 2’, ‘Kuch Kuch Dangdut’, ‘Rebutan Bidan Biduan Geulis’, ‘Liga Dangdut 2020’ dan banyak lagi. Akses pratonton kompli-mentari turut dibuka mulai 23 Mei hingga 30 Jun.

Sebagai bonus, sempena sambutan ulang tahun ke-70 pelakon lagenda Rajinikanth pada tahun ini, saluran komplimentari istimewa Rajini70 (100) yang bakal menyiarkan 70 buah filem box office terkenal lakonan hero lagenda akan dibuka tanpa se-barang caj tambahan ber-mula 1 hingga 30 Jun.

Layari www.astroraya.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Advertisement