Anda di sini

Separuh senat Chile, empat menteri kena kuarantin

Advertisement
 Wanita dengan simptom COVID-19 menunggu di dalam ambulans untuk dibawa ke hospital di Santiago, Chile kelmarin. Kira-kira separuh daripada 60 anggota senat Chile, termasuk empat menteri, diarahkan menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak dengan sekurang-kurangnya tiga rakan setugas yang dijangkiti virus itu,  kata sumber rasmi kelmarin. — Gambar AFP
MALANG: Wanita dengan simptom COVID-19 menunggu di dalam ambulans untuk dibawa ke hospital di Santiago, Chile kelmarin. Kira-kira separuh daripada 60 anggota senat Chile, termasuk empat menteri, diarahkan menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak dengan sekurang-kurangnya tiga rakan setugas yang dijangkiti virus itu, kata sumber rasmi kelmarin. — Gambar AFP

SANTIAGO: Kira-kira separuh daripada 60 anggota senat Chile, termasuk empat menteri, diarahkan menjalani kuarantin selepas mempunyai kontak dengan sekurang-kurangnya tiga rakan setugas yang dijangkiti COVID-19, menurut sumber rasmi kelmarin.

Menteri Kewangan Ignacio Briones dan Ketua Kaki-tangan Felipe Ward menulis di Twitter bahawa mereka telah diuji negatif bagi virus itu namun sedang dalam kuarantin sehingga saringan kedua dilakukan.

Briones berkata beliau menjalani ujian pada Jumaat, disebabkan oleh “kontak kerap beliau dengan” senator yang dijangkiti Jorge Pizarro dalam jawatankuasa kewangan Senat, dan sejak itu mula menjalani “kuarantin pencegahan”.

Menteri Dalam Negara Gonzalo Blumel dan Menteri Pembangunan Sosial Sebastian Sichel juga menjalani pengasingan.

Sichel telah mengambil bahagian dalam satu panel televisyen pada Ahad lepas bersama sekurang-kurangnya tiga wartawan, dan walaupun mereka mematuhi garisan panduan penjarakan sosial, tiada seorangpun yang memakai pelitup muka.

Pada hujung minggu lepas, kira-kira 20 ahli majlis undangan memulakan peng-asingan selepas bertemu dengan Pizarro dan seorang senator yang turut dijangkiti, Rabindranath Quinteros.

Senator ketiga, Manuel Jose Ossandon, mengesahkan kelmarin dalam video media sosial bahawa beliau turut diuji positif.

Blumel memberikan res-pons kepada Ossandon di Twitter, berkata: “Jaga diri anda senator! Semasa kita berjumpa pada Jumaat lepas untuk membincangkan tema agenda sosial, saya harus mula menjalani kuarantin pencegahan.”

Timbalan Ketua Senat Quinteros telah mencetuskan kegemparan mengenai tindakannya, selepas beliau pergi ke selatan Chile pada Jumaat lepas sebelum diuji positif bagi virus tersebut.

Walaupun beliau asim-ptomatik, beliau disyaki mempunyai virus itu, kata sumber parlimen.

Seorang lagi ahli dewan undangan, Ximena Rincon, menyatakan dari kediamannya kelmarin bahawa beliau berasa “takut, marah dan tidak berdaya” ketika media tempatan menunjukkan rakaman Quinteros me-nyambutnya semasa Senat pada Rabu lepas dengan satu ciuman.

Dalam rakaman yang sama, Quinteros dilihat batuk dan menyentuh sekurang-ku-rangnya satu mikrofon.

Pada Rabu lepas, Chile merekodkan peningkatan sebanyak 60 peratus dalam kes COVID-19 harian di sebalik langkah pencegahan selama sebulan lebih, termasuk satu perintah kawalan pergerakan selektif.

Pada minggu lepas, kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan sepenuhnya di ibu negara Santiago, yang merekodkan lebih 80 peratus daripada 46,000 kes di negara ini. Terdapat 478 kematian setakat kelmarin. — AFP